Syiah. Syiah ialah satu kumpulan orang Islam yang berpendapat bahawa kepimpinan negara (imamah atau khilafah ) bukan lagi satu keperluan umum yang diserahkan kepada orang ramai untuk menentukannya, malah ia menjadi satu rukun dan satu daripada prinsip agama Islam. Oleh yang demikian, mereka beranggapan bahawa adalah tidak wajar Rasulullah s.a.w. meninggalkan urusan ini atau menyerahkannya untuk diselesaikan sendiri oleh umat Islam. Baginda wajib menentukan imamah yang akan mentadbir urusan orang Islam. Lalu kumpulan ini membuat andaian bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah mewasiatkan imamah kepada Sayidina Ali ibn Abu Talib sebagai pengganti Baginda. |