Split (pend. 235 398 ) ialah bandar di selatan Croatia yang membangun daripada bandar purba Rom. Bandar ini terletak di pantai Lautan Adriatik (lihat Croatia [peta]). Namanya dalam bahasa Itali ialah Spalato. Bandar Split pada asalnya didirikan pada sekitar tahun 295 M. dan ia termasuk dalam lingkungan tembok kota batu yang mengelilingi istana Maharaja Rom, Diocletian. Tinggalan istana ini masih lagi ada yang kini menjadi pusat bandar Split. Tinggalan bangunan Rom purba ini memberikan satu contoh yang paling baik tentang seni bina Rom. Hari ini, Split merupakan pelabuhan penting dan juga pusat bagi perindustrian terutama sekali industri pembinaan kapal. Sebuah loji janakuasa hidroelektrik yang besar terletak tidak jauh dari bandar ini. |