Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
STATISTIK PENTING | Statistik penting ialah satu rekod peristiwa paling asas bagi manusia, termasuklah butiran kelahiran, perkahwinan, perceraian, penyakit, dan kematian. Statistik penting bagi menunjukkan perubahan yang berlaku pada penduduk sesebuah negara, negeri, atau provinsi atau masyarakat setempat. | UMUM | |
ETANA | Etana ialah gas perindustrian yang penting. Ia diperoleh secara langsung daripada gas asli atau melalui penapisan petroleum. Kegunaannya yang paling penting adalah dalam penyediaan etilena. | UMUM | |
ADDIS ABABA | Addis Ababa (pend. 1 412 577) ialah ibu negara dan bandar terbesar Ethiopia. Ia merupakan bandar utama penting di Afrika dan pusat konvensyen yang penting bagi persidangan antarabangsa Afrika. | UMUM | |
SANTA ANA | Santa Ana (pend. 135 186) ialah bandar kedua terbesar di El Salvador. Bandar ini merupakan pusat perdagangan yang penting, terutamanya untuk pengeksportan kopi. Kegiatan perindustrian lain yang penting di Santa Ana termasuk pembuatan gula, pembuatan bir, dan pembuatan tekstil kapas, alas kaki dan perabot. Santa Ana juga mempunyai sebuah teater kebangsaan dan sebuah sekolah kesenian. Untuk lokasi, lihat El Salvador (peta politik). | UMUM | |
MINNESOTA | Minnesota ialah negeri yang terbesar di barat tengah Amerika Syarikat. Minnesota merupakan pengeluar hasil pertanian dan pembuatan yang penting. Bidang kewangan dan perdagangan juga merupakan sumber ekonomi yang penting. Minneapolis dan bandar kembarnya St. Paul yang terletak di dalam negeri Minnesota membentuk kawasan metropolitan yang utama di barat tengah Amerika Syarikat. St. Paul ialah ibu negeri Minnesota manakala Minneapolis ialah bandar terbesarnya. | UMUM | |
PERTEMPURAN STALINGRAD | Pertempuran Stalingrad ialah salah satu pertempuran yang sangat penting dalam sejarah, yang membawa kepada titik perubahan dalam Perang Dunia II (19391945). Semasa pertempuran lima bulan, tentera Soviet menghalang tentera Jerman daripada menguasai Stalingrad (kini Volvograd), kawasan perindustrian penting di Sungai Volga. Kekalahan Jerman di Stalingrad menamatkan perluasan kuasa Jerman di bahagian timur Kesatuan Soviet. Tentera Jerman yang menceroboh terpaksa berundur daripada kawasan minyak Caucasus dan kawasan rendah Sungai Don. Semasa pertempuran, tentera Jerman kehilangan kira-kira 300 000 askar, termasuk kira-kira 90 000 tawanan. Tawanan itu termasuk 24 orang jeneral Jerman. Salji dan kesejukan menyebabkan Jerman kehilangan banyak tenteranya. | UMUM | |
PERPUSTAKAAN FOLGER SHAKESPEARE | Perpustakaan Folger Shakespeare di Washington, D.C. , menempatkan salah satu koleksi buku yang sangat penting tentang peradaban orang British kira-kira dari tahun 1485 hingga tahun 1715. Perpustakaan ini juga memiliki koleksi buku yang paling penting di dunia yang dihasilkan oleh William Shakespeare dan tentang William Shakespeare. Perpustakaan ini mempunyai lebih daripada 225 000 buah buku. | UMUM | |
LI SIGUANG | Li Siguang (18891971), ahli geologi China. Dia memberi sumbangan penting kepada sains palaeontologi (kajian tentang fosil), glasiologi (kajian tentang glasier), dan seismologi (kajian tentang gempa bumi). Li Siguang mengasaskan disiplin ilmu baharu iaitu mekanik geologi. Disiplin ini ialah cabang ilmu geologi, yang membincangkan aspek tegasan dan terikan. Teorinya tentang geomekanik memainkan peranan penting dalam penemuan beberapa telaga minyak yang besar di China. Karya utamanya termasuk Quartenary Glaciation in the Lushan Area , Central China (1947), dan Introduction to Geomechanics (1962). | UMUM | |
METANA | Metana ialah sebatian penting industri yang membentuk sebahagian besar gas asli. Ia terbentuk apabila tumbuh-tumbuhan mengurai pada persekitaran yang mengandungi sangat sedikit air. Metana kerap dikenali sebagai gas rawang kerana ia terdapat di kawasan air bertakung atau paya. Ia juga merupakan kandungan utama gas arang batu, iaitu gas yang menyebabkan berlakunya letupan besar di dalam lombong arang batu. | UMUM | Disiplin Ilmu |
AMON | Amon ialah dewa yang paling penting dalam mitos Mesir purba. | UMUM | Umum |
|
Tesaurus |
---|
| penting (adjektif) | Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat,
signifikan, behena;, | | Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan, |
|
Peribahasa |
---|
| 362 Manners make the man Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang. Baik buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year. Ingat baik buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|