Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
LAKON | Lakon, cerita yang dipentaskan. Lakon merupakan padanan kepada istilah bahasa Inggeris, play yang juga dikenali sebagai drama atau teater. | SASTERA | Konsep |
DAFTAR ISTILAH MBIM | DAFTAR ISTILAH MBIM, buku daftar istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu, diterbitkan pada tahun 1986 hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam persidangan MBIM (Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia). Buku setebal 1601 halaman ini menghimpunkan lebih kurang 75 000 istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu bagi 65 bidang/ subbidang ilmu. Daftar istilah ini telah dikumpul semenjak persidangan MBIM yang ke-7 hingga ke-23 yang meliputi tahun 1974 hingga tahun 1985. Daftar ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka selaku urus setia Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia bagi negara Malaysia dalam majlis tersebut. | BAHASA | Karya |
FUNGSI | Fungsi, satu aturan, proses atau kaedah yang menghasilkan satu padanan antara dua set unsur yang dinamakan domain dan julat (atau kodomain) dengan setiap unsur dalam domain dapat dipadankan kepada satu dan hanya satu unsur dalam julat. | MATEMATIK | Konsep |
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI | DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi. Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Zaba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian. | BAHASA | Karya |
KAMUS PELBAGAI BAHASA | KAMUS PELBAGAI BAHASA, kamus yang mengandungi tiga bahasa atau lebih. Dengan kata lain kamus ini mempunyai kata masukan daripada satu bahasa, kemudian diberi erti, makna, padanan kata atau pengertian daripada dua atau tiga bahasa lain. Kamus jenis ini diwujudkan untuk memudahkan rujukan daripada pelbagai bahasa. Bilangan bahasa terlibat juga berbeza-beza daripada tiga kepada empat atau lima bahasa. Bahkan ada yang sampai ke jumlah lapan jenis bahasa. Kamus pelbagai bahasa biasanya mengandungi kata umum dan banyak juga kamus pelbagai bahasa yang mengandungi kata istilah untuk bidang ilmu yang tertentu. | BAHASA | Penerbitan |
|
Tesaurus |
---|
| padan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,
2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,
| Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan, |
|
|