Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ZIP | Zip, mengikut istilah yang selalu digunakan ialah sebarang jenis kancing gelangsar. Kancing ini mempunyai dua belah barisan gigi dan lekuk yang boleh padan dengan elok antara satu dengan lain. | UMUM | |
MAKMAL POLIS | Makmal polis ialah makmal tempat pakar menganalisis, mengenal pasti, dan mentafsir bukti yang berkaitan dengan jenayah. Serpihan kaca atau pistol yang dijumpai bersama orang yang disyaki mungkin padan dengan pecahan kaca atau peluru yang diambil dari tempat kejadian jenayah. Pola kesan darah berhampiran mayat boleh menunjukkan bagaimana pembunuhan dilakukan. Bukti lain termasuk dokumen, ubat, narkotik, serat, cap jari, bulu, rambut dan tanah. Pasukan polis yang besar menyelenggara makmal sendiri. | UMUM | |
ANGGOTA PALSU | Anggota palsu ialah gantian tiruan untuk lengan atau kaki yang hilang akibat kecederaan, penyakit, atau kecacatan semasa lahir. Anggota palsu juga dikenali sebagai prostesis. Tidak ada anggota palsu yang dapat menjalankan kesemua fungsi anggota manusia, tetapi anggota palsu yang cukup padan dapat menolong seseorang mengambil bahagian dalam kebanyakan kegiatan harian. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| padan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,
2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,
| Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan, |
|
Puisi |
---|
|
Jelatik burung jeladan, Burung terkukur terbang tinggi; Sama patut samanya padan, Mari diukur samanya tinggi.
Lihat selanjutnya... |
|