Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
OPERASI MENJAGA KEAMANAN | Operasi menjaga keamanan. Satu cara untuk membantu negara-negara yang sedang menghadapi konflik mewujudkan suasana yang sesuai bagi mencapai keamanan. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
PEMINDAHAN JISIM | Operasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
PERANG AMFIBIA | Perang amfibia ialah pengendalian operasi ketenteraan melalui tentera laut, udara, dan darat bagi tujuan menakluk kawasan pantai. Pada umumnya operasi amfibia dianggap sebagai bentuk peperangan yang paling kompleks. | UMUM | |
ANGKATAN TENTERA MARIN | Angkatan tentera marin ialah tentera yang berkhidmat di laut dan dalam misi khas di darat dan di udara. Angkatan tentera marin juga berkhidmat dalam operasi amfibia operasi yang melibatkan tentera laut, tentera udara dan tentera darat. | UMUM | |
SUNTIKAN AIR | Operasi menyuntikkan air ke dalam reservoir yang mengeluarkan minyak bagi penyenggaraan tekanan reservoir dan/atau membantu perolehan. Dengan demikian, suntikan air boleh digunakan untuk mengekalkan tekanan reservoir atau memperlambat kadar penurunannya, atau sebagai teknik perolehan sekunder. Operasi suntikan air telah digunakan oleh industri petroleum sejak tahun 1890 tetapi maklumat mengenainya hanya didokumentasikan sejak tahun 1922. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
KOMANDO | Komando ialah istilah Inggeris bagi askar yang dilatih untuk mengambil bahagian dalam operasi serang dan lari atau operasi serang hendap yang khusus. | UMUM | |
MAGERAN | MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja pentadbiran awam, tentera dan polis bagi mengembalikan keamanan negara. MAGERAN ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada 16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan Leftenan Jeneral Dato Ibrahim Ismail. | UMUM | |
D-DAY | D-day ialah istilah bagi satu tarikh rahsia menandakan sesuatu operasi ketenteraan akan bermula. | UMUM | |
TENTERA UDARA | Tentera udara ialah cawangan angkatan tentera sesebuah negara yang bertanggungjawab bagi operasi ketenteraan di udara. Suatu pasukan tentera udara terdiri daripada juruterbang dan pelbagai kakitangan lain, kapal terbang, peralatan sokongan, dan pangkalan udara. Sesetengah tentera udara mempunyai peluru berpandu dan kapal angkasa lepas. | UMUM | |
MESIN PENUAI KOMBIN | Mesin penuai kombin ialah mesin ladang yang memotong dan membanting bijian atau tanaman lain dalam satu operasi. Sesetengah mesin adalah besar dan berkuasa sendiri. Yang lain adalah lebih kecil yang ditarik oleh traktor. Mesin penuai kombin yang besar memotong baris tanaman yang lebih lebar daripada enam meter. Mesin yang kecil memotong baris tanaman sehingga kira-kira dua meter lebarnya. Mesin yang mempunyai alat tambahan khas boleh memungut dan membuang kulit jagung, kacang soya, dan tanaman lain. | UMUM | |
|
|