Punca kuasa tiga ialah salah satu daripada tiga faktor yang sama bagi sesuatu nombor (lihat Faktor ). Nombor yang sama (m) diambil sebagai faktor tiga kali akan menjadi punca kuasa tiga nombor yang lain (n). Oleh itu, m X m X m = n. Contohnya punca kuasa tiga bagi 2 ialah 8, kerana 2 X 2 X 2 = 8 dan punca kuasa tiga bagi 5 ialah 125, kerana 5 X 5 X 5 = 125. Nombor nyata hanya mempunyai satu punca kuasa tiga nyata, iaitu nombor positif atau nombor negatif, bergantung pada sama ada nombor yang diberikan itu positif atau negatif. Simbol lain diletakkan di depan sesuatu nombor untuk menandakan bahawa puncanya hendaklah dicari , atau ditentukan. Simbol ini dituliskan √, dan dikenali sebagai tanda punca atau tanda radikal . Jika punca yang hendak dicari itu ialah punca kuasa tiga, maka angka kecil 3 hendaklah diletakkan di atas tanda punca tadi. Jadi 3 √8 menandakan bahawa punca kuasa tiga bagi 8 hendaklah ditentukan. |