Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TERSEDU | Tersedu ialah pengambilan udara secara mendadak dan tidak dapat dikawal yang disebabkan oleh kekejangan diafragma. Diafragma ialah otot yang besar, kuat, dan berbentuk kubah yang terletak di bawah rongga dada. Ia mengecut dan mengendur untuk membawa udara masuk ke dalam paru-paru dan mengeluarkannya. | UMUM | |
MAHOGANI | Mahogani sering dikenali sebagai kayu kabinet yang terbaik di dunia kerana ia mempunyai kebanyakan sifat yang diperlukan untuk membuat perabot. Kayu ini kuat, cukup keras, dan tahan sebagai perabot, tetapi cukup mudah untuk digergaji atau diketam, dan diukir. Mahogani tidak mengecut, mengembang, atau meleding seperti kebanyakan kayu lain yang sama kerasnya. Kayunya mempunyai warna dan ira yang menarik, dan berkilat. | UMUM | |
SEMALU | Semalu ialah pokok renek kecil yang merimbun, yang tumbuh di kawasan tropika di Hemisfera Barat. Ia dikenali sebagai semalu kerana anak daunnya tertutup apabila disentuh atau terdedah kepada wasap yang kuat. Pada masa yang sama, tangkai daunnya membengkok ke arah batang utama seolah-olah ia mengecut kerana disentuh. Semalu kadangkala ditanam di rumah hijau sebagai suatu kepelikan. Daun bagi banyak anggota famili kacang pis tertutup pada waktu malam. Pengelasan saintifik. Semalu tergolong dalam famili kacang pis, Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Mimosa pudica . Lihat juga Tumbuhan telegraf. | UMUM | |
MENGUAP | Menguap ialah perbuatan membuka mulut dengan luas, atau menganga untuk mengambil udara. Menguap biasanya disebabkan oleh mengantuk, letih, atau bosan. Menguap adalah satu tanda bahawa tubuh kita memerlukan tidur. Tindakan ini ialah satu gerak refleks luar kawalan. Apabila tindakan ini telah dimulakan, susah untuk memberhentikannya. Mulut boleh ditutup tetapi otot-otot yang berkaitan masih lagi mengecut. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kecut (adjektif) | 1. Bersinonim dengan takut: gentar, gerun, gementar, tidak berani,
2. Dalam konteks kulit bersinonim dengan lisut, kisut, kedut, kempis, susut, seruh, lesut, berkerut, gedeber, kering dan
berkedut,
| Kata Terbitan : mengecut, mengecutkan, pengecut, kekecutan, |
|
|