Liga Bangsa, satu pertubuhan negara-negara antarabangsa yang ditubuhkan untuk mengekalkan keamanan di kalangan negara-negara di dunia. Negara yang menang dalam Perang Dunia I termasuklah Perancis, Great Britain, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat telah merangka satu covenant (perlembagaan) untuk Liga tersebut pada tahun 1919. Liga tersebut telah ditubuhkan pada bulan Januari 1920, dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Presiden Woodrow Wilson dari Amerika Syarikat merupakan ketua perancang bagi Liga berkenaan tetapi dia tidak berjaya memujuk Amerika Syarikat menyertainya. Liga itu telah dibubarkan pada bulan April 1946 dan digantikan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. |