Tasik Maggiore ialah salah satu tasik yang sangat terkenal di Itali. Sebahagian besar tasik ini terletak di Itali, namun sebahagian kecil di utara menganjur ke dalam Switzerland. Orang Itali menamakan tasik tersebut Lago Maggiore yang bermaksud tasik yang besar . Tasik Maggiore adalah sepanjang 64 kilometer dan luasnya 212 kilometer persegi. Di sesetengah tempat dalam tasik tersebut melebihi 366 meter. Pergunungan yang tinggi memuncak ke utara dan barat tasik itu. Di sebelah selatan terdapat bukit-bukit yang dipenuhi dengan ladang anggur. Bandar yang paling penting di Tasik Maggiore ialah Locarno, Palanza dan Streza. Untuk lokasi, lihat Switzerland (peta). |