Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
top dead centre (TDC) | pusat mati atas (TDC) | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kedudukan omboh yang teratas di dalam silinder enjin semasa omboh bergerak ke atas. |
compression ring | gelang mampatan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gelang teratas atau dua gelang teratas yang terdapat pada omboh. Gelang ini berfungsi untuk mengelakkan kebocoran semasa pemampatan dalam lejang mampatan dan semasa proses pembakaran dalam lejang kuasa. Gelang ini biasanya diperbuat daripada besi tuang dan besi mulur. |
piston crown | mahkota omboh | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahagian teratas omboh yang bentuknya bergantung kepada jenis enjin, nisbah mampatan dan tatarajah injap. Mahkota ini berfungsi untuk memampatkan campuran udara-bahan api semasa lejang aruhan, menyediakan permukaan untuk me- nerima beban tekanan akibat pembakaran semasa lejang kuasa serta menolak keluar gas ekzos selepas terbakar semasa lejang ekzos. Sinonim kepala omboh. |
rooftop garden | taman bumbungan | Landskap | Tiada | Kawasan hijau yang ditanam di peringkat teratas bagi struktur perindustrian, komersial dan kediaman. |
nanoscale abacus | sempoa nanoskala | Fizik | Nanoteknologi | Susun atur bonggol daripada molekul karbon-60 di atas substrat kuprum yang membuatkan bentuk seperti sempoa dengan nombor 0 - 10. Pada barisan teratas menunjukkan sifar dengan tiada molekul pada bahagian hujung barisan, sementara pada barisan seterusnya menggambarkan siri nombor dari 1 - 10. Susunan berskala nano ini dapat dicerap pada imej mikroskop penerowongan imbasan (STM). |
meniscus | meniskus | Kimia | Kimia Analisis | Keadaan permukaan cecair sama ada cekung atau cembung yang disebabkan oleh tegangan permukaan apabila cecair bersentuhan dengan pepejal. Misalnya semasa mengambil bacaan di dalam buret, mata mestilah selari dengan aras teratas atau terbawah untuk mengelakkan paraleks. |
nanoflash memory device | peranti ingatan nanokilat | Fizik | Nanoteknologi | Alat yang serupa dengan MOSFET. Peranti ini terdiri daripada tiga terminal, dua daripadanya ialah get tersusun di atas satu sama lain. Elektrod teratas merupakan get kawalan, manakala elektrod di bawah ialah get terapung yang terganding secara kapasitif dengan get kawalan. Operasi sel ingatan melibatkan peletakan cas atau pembuangan cas pada get terapung, berpadanan dengan dua paras logik. Peranti ini menggunakan nanozarah tunggal atau berganda sebagai unsur penyimpanan cas. |