Kata |
Takrif |
Sumber |
penentukuran(calibration) | 1. Proses melaraskan peralatan kepada kejituan tertinggi yang boleh dicapai oleh litar peralatan tersebut. 2. Proses membandingkan peralatan pengukuran dengan peralatan piawai yang mempunyai kejituan yang lebih tinggi untuk menentukan peratus ralat ketepatan peralatan ujian tersebut. Pelarasan kemudian boleh dilakukan untuk mendpatkan peratus ralat yang paling minimum. | Kamus Komputer |
muatan(capacity) | 1. Jumlah data tertinggi yang boleh dipegang, disimpan atau dikendalikan oleh sistem pada sesuatu masa. 2. Jumlah data yang boleh melalui saluran perhubungan pada sesuatu ketika. | Kamus Komputer |
saiz alamat(address size) | Jumlah alamat yang terkandung dalam suatu sistem. Saiz ini dikira daripada nilai nombor tertinggi yang dapat digunakan dalam suruhan untuk mengalamatkan ingatan secara langsung. | Kamus Komputer |
alamat terhitung(calculated address) | 1. Alamat mutlak yang diperoleh selepas selesai proses penterjemahan atur cara sumber. 2. Alamat yang diperoleh melalui pengiraan, sama ada untuk mengetahui alamat tertinggi yang diperlukan oleh sesuatu penggunaan atau untuk mengetahui kedudukan fizikal ingatan yang akan dicapai. | Kamus Komputer |
dewan Negara | majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
profesor diraja | gelaran tertinggi yg dianugerahkan kpd seseorang profesor oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Dewan Negara | a) majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan agong; b) Pr majlis tertinggi bkn adat | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketua negara | pemimpin tertinggi sesebuah negara, yg terdiri drpd seorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketua negara | pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tak kembali ke sifar(nonreturn-to-zero) | Kaedah mengekodkan isyarat perduaan untuk mendapatkan kadar penghantaran tertinggi. Dalam kaedah pengisyaratan ini aras isyarat tidak akan kembali ke sifar selepas isyarat tersebut beralih dari aras logik sifar ke aras logik satu. Dalam penggunaan pada rakaman pita magnet, arus yang melalui kepala penulis tidak akan kembali kepada sifar selepas denyut tulis selesai. Singkatan NRZ. | Kamus Komputer |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
discantus | descant | Muzik | Tiada | Melodi pada daftar suara yang tertinggi dan biasanya wujud di atas lapis soprano dalam him atau karya polifoni. Descant biasanya diimprovisasikan. |
high card | kad utama (terup) | Sukan | Tiada | Lima kad terup yang berbeza bunga tanpa nilai yang sepadan termasuk satu kad terup yang tertinggi nilainya. |
centralism | faham kepusatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang melibatkan proses membuat dasar atau keputusan sesebuah organisasi yang terletak kepada seseorang individu atau satu badan yang tertinggi kuasanya. Dalam disiplin ilmu politik, fahaman ini merujuk kepada pemusatan kuasa kerajaan secara geografi atau politik. Terdapat kelebihan tertentu dalam fahaman ini, seperti keupayaan membuat keputusan dengan segera, mengurangkan perdebatan, mengelak karenah birokrasi dan membolehkan perancangan rapi serta terarah tanpa melibatkan pihak lain. Terdapat juga beberapa kelemahan seperti badan pusat sentiasa terdedah kepada sasaran kritikan terhadap kualiti dan dasar perkhidmatan serta meletakkan keseluruhan perkhidmatan di bawah tanggungjawab satu badan sahaja akan menyebabkan keseluruhan perkhidmatan tidak berfungsi apabila salah satu bahagian terganggu. Contohnya, sistem pentadbiran dan ekonomi negara komunis China mengamalkan fahaman ini. |
supreme | terutama | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan tertinggi dalam sesuatu hierarki sama ada dalam bentuk pangkat, gelaran dan darjah kualiti. Kedudukan tertinggi membawa autoriti yang paling berkuasa dan mendapat penghormatan dari orang bawahan. Kedudukan ini meletakkan individu, badan atau organisasi sebagai yang terunggul dan tidak ada individu atau badan lain yang dapat mengatasinya. Sebagai contoh, Yang di-Pertuan Agong memiliki kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan dan perundangan di Malaysia. Sinonim badan tertinggi/tertinggi. |
anagogic vision | visi anagogik | Kesusasteraan | Tiada | Persepsi berlapis yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan fikiran dan perasaannya pada paras yang pelbagai dan serentak. Persepsi atau pentafsiran mendedahkan makna yang tertinggi, iaitu makna rohaniah atau mistik di sebalik teks. Menurut Flannery OConnor, visi anagogik merupakan suatu visi yang harus dimiliki atau dibina oleh pengarang untuk menambah makna teksnya. Menurut O. Connor, visi inilah yang dapat memperlihatkan pelbagai paras realiti dalam suatu imej atau situasi. |
glycogen | glikogen | Fizik | Nanoteknologi | Molekul karbohidrat yang terdiri daripada rantai bercabang berfungsi sebagai penyimpan tenaga dalam haiwan dan sel kulat yang biasanya tersimpan dalam hati atau otot. Karbohidrat tersebut merupakan molekul polisakarida bersaiz sekitar 150 nm dan didapati dalam bentuk granul dalam sitosol pada pelbagai jenis sel. Sel hati mempunyai kepekatan glikogen yang tertinggi, iaitu sehingga 8% terhadap berat segar hati yang normal atau 100g - 120g dalam orang dewasa. |
second ballot system | sistem undi kedua | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pilihan raya yang diadakan sehingga dua pusingan bagi memastikan calon yang menang merupakan calon yang mendapat majoriti undi yang banyak. Dalam sistem ini, sekiranya seorang calon mendapat undi yang paling tinggi majoritinya akan diisytihar sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada pemenang yang memperoleh majoriti yang ditetapkan maka dua calon tertinggi undinya akan bertanding dalam pusingan kedua. Calon yang mendapat undi yang tertinggi dalam pusingan ini akan dipilih sebagai pemenang. Contohnya, Indonesia merupakan salah sebuah negara mengamalkan sistem undi kedua. Dalam pilihan raya Presiden Indonesia 2004 menyaksikan persaingan antara Megawati Sukarnoputri dengan Susilo Bambang Yudhiyono yang telah dipilih untuk meneruskan pilihan raya dalam pusingan kedua dan akhirnya dimenangi oleh Susilo. |
electron affinity | afiniti elektron | Fizik | Nanoteknologi | Tenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan elektron daripada ion negatif, bagi memulihkan semula keneutralan sesuatu atom atau molekul atau tenaga yang diserap apabila elektron ditambah pada atom neutral untuk membentuk ion bercas negatif. Kebanyakan unsur mempunyai afiniti elektron negatif yang membawa maksud tenaga tidak diperlukan untuk menambahkan elektron, sebaliknya tenaga dibebaskan. Secara amnya, bukan logam mempunyai lebih afiniti elektron negatif berbanding logam. Walau bagaimanapun, gas nadir mempunyai afiniti elektron positif. Afiniti elektron yang tertinggi ialah atom klorin (Cl), iaitu kira-kira ?349 kJ/mol sementara radon (Rn) yang paling lemah untuk menarik elektron dengan nilai afiniti elektronnya ialah ? 41 kJ/mol. |
high tide | air pasang | Sains Marin | Tiada | Keadaan air laut ketika berada pada tahap aras air tertinggi yang disebabkan oleh pengaruh daya graviti bulan dan matahari. Air pasang terbahagi kepada dua jenis, iaitu air pasang biasa dan air pasang tinggi. Air pasang biasa terjadi apabila kedudukan bulan atau matahari berada sejajar kedudukannya dengan bumi, manakala air pasang tinggi berlaku apabila kedudukan bumi adalah sejajar dengan bulan dan matahari. Banding air surut. |
world-class service | perkhidmatan bertaraf dunia | Pelancongan | Tiada | Perkhidmatan yang mempunyai standard terbaik atau tertinggi, yang diiktiraf oleh masyarakat dunia. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
Yumun Kd KB | dewa perempuan. | 23. Yumun atau Umun - Dewa perempuan isteri kepada Kinorohingan, dewa pencipta, kediamannya di kayangan yang tertinggi. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
umun Kd KB | dewa perempuan. | 23. Yumun atau Umun - Dewa perempuan isteri kepada Kinorohingan, dewa pencipta, kediamannya di kayangan yang tertinggi. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aki kapuuno Mr | pencipta langit dan bumi. | Dengan biasiswa itu, dia mendaki satu demi satu tangga untuk menuju kejayaan. Dia terlupa langsung tentang kewujudan kuasa ghaib tertinggi yang mereka kenali sebagai aki kopuuno, pencipta langit dan bumi serta segala makhluk di atasnya. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb 1 A programming language (bahasa pengaturcaraan A) Bahasa pengaturcaraan paras tinggi yang dapat memudahkan penggunaan no- tasi matematik dan penyelenggaraan tatasusunan. Singkatan APL. (KOM) abduct (abduk) Perihal menggerakkan sesuatu anggota dari arah satah median tubuh, atau jari-jari dari garis paksi anggota. (UBAT) abductor (abduktor) Otot yang mengabdukkan sesuatu. Banding adductor. (UBAT) abend (aben) Penamatan atur cara akibat ralat seperti ralat yang berlaku apabila huruf di- gantikan dengan nombor. Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu 149 Bibliografi 169 Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 7 6/6/11 4:01:21 PM ix KATA PENGANTAR Projek penyusunan kamus istilah adalah satu usaha yang sangat rapat kaitannya dengan usaha peristilahan. Usaha ini memerlukan kepakaran yang tinggi, ketekunan, iltizam serta komitmen yang bersepadu daripada pelbagai pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun, kerjasama yang diperoleh daripada pakar bidang begitu menggalakkan. Penerbitan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer ini merupakan
|
Kamus Thai 2.indb ง [ko] ก 1 melenturkan: นายพราน ก ่ งค ั นธนูของเขาแล ้ วผูกเชือกที่ ปลายอีกข ้ างหนึ่ ง ของค ั นธนู Pemburu melenturkan bu- surnya kemudian mengikat tali pada hujung busur yang sebelah lagi. ว 2 melengkung: คิ้ วของน ั กแสดงคนน ั ้นก ่ งด ั งวง พระจ ั นทร ์ Kening pelakon itu meleng- kung macam bulan sabit. ก ๊ ง pemain membongkok kemudian pemain-pe- main lain melompatinya. กงสี [kosi :] น 1 barang kongsi: คนงาน ทุกคนกินกงสีที่ นายจ ้ างจ ั ดไว ้ ให ้ Semua pekerja makan barang kongsi yang disediakan oleh majikan. 2 syarikat: คนจีนร ่ วมก ั น จ ั ดต ั ้งกงสีข ้ าวเปลือกที่ นครสวรรค ์ Orang Cina bersama-sama menubuhkan syarikat ก ก็ กงสี Kamus
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
konduktor kilat | lightning conductor | Bahan yang dipasangkan pada bangunan tinggi bagi melindungi bangunan tersebut daripada pancaran kilat. Tiang logam dipasang pada kedudukan tertinggi sesuatu bangunan dan disambung terus ke bumi dengan jalur logam yang tebal. | Menengah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
pekali pelopor | leading coefficient | Pekali yang tertinggi dalam suatu ungkapan polinomial dan dalam satu pemboleh ubah. Contohnya, dalam persamaan 4x² + 5x − 1, pekali pelopor ialah 4. | Menengah Atas |
polinomial kubik | cubic polynomial | Polinomial yang kuasa tertinggi pemboleh ubahnya ialah 3. Contohnya, x3- 1, 4a3 - 100a2 + a - 6, dan m3n + mn. | Menengah Atas |
mod | mode | Nilai yang mempunyai kekerapan tertinggi bagi suatu set data. Contohnya, mod bagi 1, 2, 4, 4, 3, 5 ialah 4. | Menengah Atas |
puncak | apex | Titik tertinggi sesuatu objek yang diukur dari bahagian tapaknya. Puncak ialah salah satu daripada bucu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
hubungan tak linear | non-linear relation | Hubungan antara y dengan x yang tidak membentuk garis lurus (linear). Kuasa tertinggi pemboleh ubah tidak boleh sama dengan 1. Lihat Contoh | Menengah Atas |
persamaan linear | linear equation | Persamaan yang terdiri daripada ungkapan linear. Bentuk am persamaan linear ialah ax + by + c = 0, dengan a≠ 0 dan b≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 1. | Menengah Atas |
fungsi kuadratik | quadratic function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax2 + bx + c, dengan a, b, c ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 2 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajah | Menengah Atas |
persamaan kuadratik | quadratic equation | Persamaan yang boleh ditulis dalam bentuk am, ax² + bx + c = 0 dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0. Persamaan ini perlu mempunyai satu pemboleh ubah dan kuasa tertinggi pemboleh ubah itu ialah 2. | Menengah Atas |
fungsi kubik | cubic function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax3 + bx2 + cx + d, dengan a, b, c, d ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 3 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajah | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang tertinggi |
|
|