Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SATURN | Saturn ialah dewa awal dalam mitos Rom purba. Masyarakat Rom purba menyifatkannya sebagai dewa kesuburan dan tanaman, tetapi tidak banyak mitos tentangnya yang masih wujud. Nama asalnya mungkin Etruscan. Pada mulanya Saturn mempunyai identiti yang berasingan. Kemudian, orang Rom purba mengenalpastinya dengan dewa Yunani, iaitu Cronus. Isteri Saturn ialah Ops, iaitu dewi kesuburan dan penuaian. | UMUM | |
SKELTON, JOHN | Skelton, John (1460?1529) ialah penulis satira yang terkenal semasa zaman awal pemerintahan keluarga diraja Tudor di England. Skelton tinggal di istana, dan menjadi guru peribadi Henry VIII, anak raja yang masih muda pada masa itu. Skelton menjadi paderi pada tahun 1498, dan dari tahun 1502 berkhidmat sebagai paderi Diss di Norfolk. | UMUM | |
MONGGOK | Monggok ialah bonggol tanah atau batu yang menutupi tanah perkuburan purba. Ia dibina di Britain dari kira-kira pada tahun 2500 S.M. hingga awal zaman Saxon, iaitu kira-kira pada tahun 500 M. Tinggalan bonggol masih wujud di banyak bahagian Kepulauan British. Satu daripada yang terbesar ialah di Kennet Barat, di Wiltshire. Ia sepanjangnya 107 meter dan lebarnya 23 meter. | UMUM | |
SCARLATTI, DOMENICO | Scarlatti, Domenico (16851757), penggubah Itali. Dia menjadi masyhur kerana sonatanya untuk alat keyboard awal yang dikenali sebagai hapsikord. Scarlatti menggubah hampir 550 sonata hapsikord. Dia juga menulis opera, kantata, konserto, dan fiug. Scarlatti sangat mempengaruhi permainan keyboard yang terkemudian. Gubahannya mungkin yang pertama memenuhi teknik yang masih digunakan kini. Teknik ini termasuk penyilangan tangan dengan kerap, arpeggio (turutan pantas not dalam kord), dan ulangan not dengan cepat. | UMUM | |
AEROPAGUS | Areopagus ialah majlis tertua dan paling dihormati pada zaman Athens purba. Warganegara ternama yang memegang jawatan sebagai archon, salah satu jawatan tertinggi di negara kota Athens, ialah anggota Aeropagus seumur hidup. Pada sejarah awal Athens, Areopagus mempunyai kuasa pentadbiran dan kuasa perlembagaan. Kira-kira pada tahun 600 S.M., sebuah kumpulan baru, Majlis Empat Ratus mengambil alih banyak tugas Areopagus. Kira-kira tahun 450 S.M., kebanyakan tugas dan keistimewaan Areopagus dipindahkan ke mahkamah awam. Tetapi Areopagus masih mengadili kes bunuh dan masih berkuasa untuk mendenda rakyat yang didapati bersalah kerana boros, biadab atau melampau. Majlis archon dinamai sempena nama Aeropagus atau Hill of Ares, iaitu tempat majlis itu bermesyuarat. Lihat juga Solon . | UMUM | |
RAPHAEL | Raphael (14831520), salah seorang daripada pelukis yang paling agung dan berpengaruh pada zaman Renaissance Itali. Lukisan bentuk badan manusia yang lemah-gemalai dan gubahannya yang berketerampilan itu mempengaruhi para ahli seni lukis sehingga awal tahun 1900-an. Tempoh kegiatannya masih lagi dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi. | UMUM | |
RABU | Rabu ialah nama hari keempat dalam seminggu. Dalam bahasa Inggeris hari Rabu disebut Wednesday . Hari tersebut mendapat namanya daripada Woden, atau Odin, iaitu ketua dewa dalam mitologi Teutonik yang dianggap suci. Pada awal era Kristian, orang Jerman menggelarnya hari Woden. Kemudian, nama tersebut ditukar kepada Wednesday. Orang Rom menamakan hari keempat dalam seminggu ini sempena planet Utarid (Mercury), yang dipercayai mengawal jam pertama pada hari itu. Planet itu pula telah dinamakan sempena dewa Merkuri. Dari sinilah timbulnya perkataan Latin Dies Mercurii . Bahasa Rom yang berasaskan bahasa Latin masih mengekalkan nama ini. Contohnya bahasa Perancis menggelar Wednesday sebagai mercredi . Rabu berasal daripada bahasa Arab al- Arbia , iaitu hari keempat dalam seminggu. | UMUM | |
RACHMANINOFF, SERGEI VASSILIEVICH | Rachmaninoff, Sergei Vassilievich (1873 1943) ialah penggubah dan pengarah muzik Rusia dan salah seorang pemain piano yang teragung dalam sejarah muzik. Gubahan Rachmaninoff secara amnya membawa gaya romantik penggubah Rusia, Peter Illich Tchaikovsky pada awal tahun 1900-an. Malahan karya-karyanya yang terakhir pada tahun 1930-an masih tidak dipengaruhi oleh aliran moden. Muziknya dipengaruhi oleh canta dan alat muzik loceng Gereja Ortodoks Rusia. Pengaruh ini lahir melalui muzik Rachmaninoff yang bermelodi ringkas dengan bunyi papan nada yang penuh. Dia mengadun ciri-ciri asli Rusia ini dengan ekspresinya sendiri yang ghairah dan amat mendalam. | UMUM | |
TENUNAN | TENUNAN, hasil kraf tangan utama yang menampakkan keragaman tekstil Melayu. Kain tenunan bererti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang. Tenunan awal dihasilkan dengan menggunakan alat tenun duduk, yang masih kekal dalam budaya masyarakat Iban. Masyarakat Bajau Darat atau Iranun juga mewarisi alat tenun duduk, tetapi berkembang kemudian dengan alat tenun berkaki. Tenunan paling awal di Tanah Melayu telah dihasilkan di Terengganu dan Kelantan, dengan menggunakan kei berkaki. Masyarakat Iranun, Batak dan Toraja terkenal dengan tenunan ikat benang kapas. | BUDAYA | Kraf Tangan |
POKOK KURMA | Pokok kurma ialah pokok yang mengeluarkan buah kurma. Pokok kurma hidup subur dalam iklim panas kering. Ia tumbuh di seluruh utara Afrika dan Timur Tengah, dan ia hidup subur di wadi, iaitu tempat yang hanya ditumbuhi beberapa tumbuhan sahaja. Pokok kurma adalah satu daripada tumbuhan tanaman yang paling tua. Peradaban awal mula menanam pokok kurma sekurang-kurangnya 5000 tahun dahulu. Kini, buah kurma masih menjadi makanan penting kepada banyak negara di gurun. | UMUM | |
|
|