Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ALAT KEBESARAN DIRAJA YANG DI-PERTUAN AGONG | ALAT KEBESARAN DIRAJA YANG DI-PERTUAN AGONG, sekumpulan alatan yang menjadi lambang martabat,kebesaran dan kedaulatan raja-raja Melayu. | BUDAYA | Konsep |
MAC | Mac ialah gabungan muzik yang sangat berirama yang dimainkan untuk mengiringi perbarisan. Lagu- lagu berirama mac bertujuan untuk menaikkan semangat pasukan tentera, menambahkan keceriaan dan kegemilangan dalam acara sukan, dan meningkatkan martabat upacara rasmi. Selain itu, persembahan tarian balet opera, dan karya klasik dimuatkan dalam mac. | UMUM | |
PEJUANG SASTERA | PEJUANG SASTERA, hadiah sastera. Hadiah ini diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada para sasterawan sebagai mengenang jasa dan khidmat bakti mereka dalam bidang kesusasteraan yang amat memberi erti terhadap martabat bangsa dan tanah air. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
ANUGERAH | ANUGERAH, pemberian yang berupa hadiah yang terbesar dan tinggi nilainya. Perkataan anugerah berasal daripada perkataan Sanskrit nugeraha atau anugeraha. Pemberian tersebut mungkin datang daripada Allah atau zaman pra-Islam disebut datang daripada Sang Hyang Dewata Mulia Raya. Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk rezeki, umur yang panjang, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan, zuriat keturunan yang baik-baik, darjah dan martabat yang mulia di sisi masyarakat, atau kuasa dan wibawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
|
|