Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MAKHLUK HALUS | MAKHLUK HALUS, kejadian dalam dunia ghaib yang dipercayai dapat mempengaruhi keadaan dan mempunyai kuasa terhadap alam nyata. Makhluk halus dikenal juga sebagai semangat, badi, dan jiwa. Roh bukan makhluk halus. Sebelum kedatangan Hindu dan Buddha, orang Melayu menganggap makhluk halus sebagai hantu tetapi setelah kedatangan agama tersebut, dewa dan dewi juga dipercayai mempunyai kuasa seperti makhluk halus yang lain. | BUDAYA | Kepercayaan |
PUJA PANTAI | PUJA PANTAI, amalan atau upacara amal yang diadakan untuk makhluk-makhluk halus yang menjaga laut agar tidak mengganggu kehidupan para nelayan dan memberikan mereka rezeki yang banyak. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
BERJAMU | BERJAMU, upacara memberi makan kepada makhluk halus oleh masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
KETEGURAN | KETEGURAN, penyakit yang dipercayai berpunca daripada gangguan atau teguran hantu. Penyakit ini wujud dalam rangka kepercayaan warisan masyarakat Melayu, iaitu mempercayai bahawa makhluk halus khususnya hantu, telah menegur manusia dengan tujuan tertentu, misalnya untuk mengusik. Walau bagaimanapun, hanya manusia yang lemah semangat yang biasanya mengalami keteguran. | BUDAYA | Penyakit |
PENDINDING | PENDINDING, bahan atau perlakuan yang dipercayai boleh memelihara keselamatan manusia daripada gangguan manusia, binatang buas atau makhluk halus. Pendinding terdapat dalam pelbagai bentuk dan digunakan untuk menangkis daripada akibat buruk yang boleh menimpa sesuatu benda, manusia atau keadaan. | BUDAYA | Kepercayaan |
BERAYUN | BERAYUN, upacara pengubatan yang terakhir dalam masyarakat Melanau untuk memulihkan pesakit iaitu setelah semua upacara pengubatan dilakukan. Berayun juga disebut sebagai aiyun atau payun. Berayun juga merupakan satu pesta atau suasana manusia bertemu atau berhubung dengan makhluk halus. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
MENURUN | MENURUN, satu keadaan yang berlaku apabila semangat dan makhluk halus diseru masuk dan meresap ke dalam tubuh seseorang bomoh. Menurun juga digunakan sebagai suatu kaedah dalam pengubatan tradisional. Untuk mewujudkan keadaan menurun, bomoh yang mengamalkan kaedah ini biasanya mempunyai khadam ataupun bersahabat dengan orang halus dan jin yang akan meresap ke dalam tubuh bomoh setiap kali ia dipanggil dan diseru ketika upacara mengubati pesakit. Upacara menurun dilakukan untuk memulihkan pesakit yang terkena ilmu guna-guna, dirasuk hantu, keteguran dan sebagainya. | BUDAYA | Kaedah |
|
Tesaurus |
---|
| makhluk (kata nama) | Bersinonim dengan ciptaan Tuhan, manusia, insan, anak Adam, hamba Allah, cucu-cicit Adam, keturunan Adam,
haiwan, binatang, tumbuh-tumbuhan, makhluk halus, fauna, flora., | |
|
|