Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
POKOK DAUN LURUH | Pokok daun luruh ialah nama bagi mana-mana pokok yang daunnya luruh pada masa tertentu setiap tahun dan kemudian tumbuh daun baru. Di kawasan sederhana di utara, kebanyakan pokok daun luruh gugur daunnya pada musim luruh. Ranting dan dahan akan tinggal gondol sepanjang musim sejuk. Pada musim bunga berikutnya, tumbuh daun baru berwarna hijau pada pokok. Sebelum daun mati, bahan makanan yang terkandung dalam daun diserapkan semula kepada ranting dan dahan. Di situ, ia disimpan dan digunakan pada musim bunga berikutnya. Pokok daun luruh biasanya mempunyai daun yang lebar. Pokok demikian termasuk ash, bic, birch, mapel dan oak. Pokok larch adalah pokok daun luruh yang biasa yang mempunyai daun jejarum. | UMUM | |
MUSIM LURUH | Musim luruh ialah musim di antara musim panas dengan musim sejuk. Hemisfera Utara yang meliputi separuh bahagian utara bumi mempunyai cuaca musim luruh dari akhir bulan September, Oktober dan November. Cuaca musim luruh tidak lama di kawasan kutub, tempat yang cuaca musim sejuknya benar-benar sejuk bermula lebih awal. Di kawasan tropika, terdapat sedikit kelainan musim atau tiada kelainan musim. Hemisfera Selatan mempunyai musim luruh dari bulan Mac hingga awal Jun. Untuk tarikh hari pertama musim luruh, dan untuk maklumat tentang kedudukan bumi dan matahari semasa musim luruh, lihat Musim. | UMUM | |
HUTAN DAUN LURUH SEDERHANA | Hutan daun luruh sederhana ialah hutan yang kebanyakannya terdiri daripada tumbuhan yang menggugurkan daunnya pada musim tertentu. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
LIKUIDAMBAR | Likuidambar ialah nama empat spesies pokok daun luruh yang mempunyai daun bak daun mapel yang bertukar warna menjadi terang pada musim luruh. Likuidambar terdapat di Asia dan Amerika Utara. | UMUM | |
POKOK KARANG | Pokok karang juga dikenali sebagai kacang karang , ialah nama bagi lebih daripada 100 spesies pokok dan pokok renek yang tumbuh di kawasan tropika dan separa tropika di seluruh dunia. Kebanyakan pokok karang adalah pokok daun luruh iaitu, daunnya luruh dan daun baru tumbuh setiap tahun. | UMUM | |
MUSIM | Musim ialah satu daripada empat tempoh dalam setahun. Setiap musim bunga, panas, luruh, dan sejuk berlangsung kira-kira tiga bulan dan membawa perubahan suhu, cuaca, dan panjang waktu siang. | UMUM | |
RINITIS ALERGI | Rinitis alergi ialah alahan yang selalu berlaku pada musim bunga, musim panas dan musim luruh. | UMUM | |
PERISTIWA TRENT | Peristiwa Trent ialah peristiwa tentera laut pada tahun pertama Perang Saudara Amerika. Ia hampir mengheret England dalam konflik di Selatan. Pada musim luruh tahun 1861, dua orang pegawai yang mewakili pihak Gabungan , James M. Mason dan John Slidell belayar ke Eropah dengan misi mendapatkan bantuan Perancis dan England yang berkecuali agar membantu pihak Selatan. Oleh sebab kapal-kapal pihak Utara mengepung pelabuhan-pelabuhan Selatan, mereka terpaksa menaiki kapal British, iaitu Trenc di Havana, Cuba . Charles Wilkes, komander U.S.S. San Jacinto menahan kapal British itu tanpa arahan untuk berbuat demikian. Dia menangkap Mason dan Slidell dan dibawa ke Boston, Massachusetts. Tindakan ini mencabuli prinsip kebebasan di lautan kerana England adalah negara berkecuali. | UMUM | |
SAFRON | Safron ialah pewarna kuning terang dan perisa makanan. Ia dihasilkan dengan mengeringkan stigma dan sebahagian daripada stail krokus ungu musim luruh yang dikenali secara saintifik sebagai Crocus Satirus (lihat Krokus ). (Stigma dan stail adalah bahagian bunga yang mengandungi biji). Lebih kurang 4000 bunga menghasilkan kira-kira 28 gram safron komersial. Safron mempunyai bau yang harum, tetapi rasa yang pahit. Ia digunakan dalam masakan dan untuk memperisa dan mewarnakan gula-gula. Penduduk di Eropah dan India menggunakannya untuk memperasa pelbagai makanan. | UMUM | |
YUCCA | Yucca ialah nama sekumpulan kira-kira 40 spesies pokok renek atau pokok dalam famili agave. Pokok yucca mempunyai rupa yang menonjol. Yucca ialah pokok malar hijau, iaitu daunnya tidak luruh setiap tahun. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| luruh (kata kerja) | Bersinonim dengan gugur, jatuh, terlerai, terlerah, tanggal, terkelupas, meranggas, lurut, rurut,
ruruh, rontok, runtuh, reges, reras, laras;, | | Kata Terbitan : berluruhan, meluruhkan, |
|
Puisi |
---|
|
Pisang emas luruh digoyang, Dijolokdengan ranting habu; Adik emas saya loyang, Masakan mahu berkinca bahu.
Lihat selanjutnya... |
|