Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
GELANGGANG | GELANGGANG, persatuan seniman Indonesia. Persatuan ini ditubuhkan pada 19 November 1946, atas gagasan Chairil Anwar dengan beberapa orang intelektual Indonesia, iaitu Asrul Sani, Rivai Apin, M.Akhbar Djuhana, Mochtar Apin, Baharuddin dan Henk Ngantung. Gagasan Gelanggang iaitu Generasi Gelanggang lahir daripada pergolakan roh dan fikiran kita, yang sedang menciptakan manusia Indonesia yang hidup. Generasi yang harus mempertanggungjawabkan dengan sesungguhnya penjadian daripada bangsa itu. Bahawa kita ingin melepaskan diri kita daripada susunan lama yang telah mengakibatkan masyarakat yang lapuk, dan kita berani menentang pandangan, sifat dan anasir lama ini untuk menjalankan bara kekuatan baru. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
|
Peribahasa |
---|
| 487 Promises and piecrusts are made to be broken Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir She promised not to mention the incident again, but promises and piecrusts are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée. Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|