Andrews, John Miller (18711956), perdana menteri Ireland Utara dari tahun 1940 hingga tahun 1943. Dia berkhidmat pada zaman kritikal dalam Perang Dunia II (19391945). Sepanjang tempoh ini, beribu-ribu orang tentera Amerika menuju ke Ireland Utara untuk mendapatkan latihan. Pada tahun 1941, serangan udara Jerman mengakibatkan kerosakan yang dahsyat ke atas Belfast. |