Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
EDOM | Edom ialah kerajaan purba yang kerap kali disebut dalam Kitab Perjanjian Lama. | UMUM | |
RUSUHAN | Rusuhan ialah cetusan kekacauan yang ganas dan bising oleh sekumpulan manusia. Perusuh kerap kali mencederakan orang lain dan memusnahkan harta benda. Merusuh atau menggalakkan orang awam supaya merusuh merupakan suatu jenayah di kebanyakan negara. Walau bagaimanapun, takrifan undang-undang yang tepat mengenai rusuhan berbeza dari satu tempat ke satu tempat. | UMUM | Umum |
SANTA ANNA, ANTONIO LÓPEZ DE | Santa Anna, Antonio López de (17941876) ialah anggota tentera dan ahli politik Mexico. Dia menjadi presiden Mexico sebanyak 11 kali dan sering memerintah sebagai diktator namun dia kerap kali digulingkan. | UMUM | |
RIO DE JANEIRO | Rio de Janeiro, Brazil (pend. 5 093 232; pend. kaw. met. 9 018 637) ialah bandar raya kedua terbesar di Amerika Selatan. Hanya Sao Paulo, pusat industri Brazil, mempunyai ramai penduduk. Rio de Janeiro yang kerap kali dikenali sebagai Rio merupakan pusat kewangan, perdagangan, dan pengangkutan yang penting. Bandar raya ini juga mempunyai salah sebuah pelabuhan laut terkemuka di Amerika Selatan. Rio ialah ibu negeri Rio de Janeiro, yang terletak di tenggara Brazil (lihat Brazil [peta politik]). | UMUM | |
KELAS SOSIAL | Kelas sosial ialah sekumpulan orang ramai dalam sesebuah masyarakat yang berkongsi kedudukan sosial yang sama. Kelas sosial wujud kerana manusia biasanya mengelompokkan masyarakat ke dalam pelbagai kumpulan yang berbeza berdasarkan faktor kekayaan, kuasa, darjat, keturunan, agama, dan kerjaya. Kerap kali manusia membuat perbezaan kedudukan ini di dalam fikiran mereka dengan menganggap sesetengah mereka lebih baik daripada yang lain. Ahli sains sosial menamakan kumpulan ini sebagai kelas sosial dan menganggap proses pengelompokan sosial sebagai stratifikasi sosial. | UMUM | |
TETRASIKLIN | Tetrasiklin ialah satu daripada famili antibiotik yang digunakan untuk merawat jangkitan. Tetrasiklin menjejaskan banyak jenis bakteria dan mikroorganisma lain termasuk riketsia (lihat Riketsia ). Doktor menggunakan tetrasiklin untuk merawat penyakit seperti tifus, trakoma, dan penyakit saluran jantina. Mereka juga menggunakan tetrasiklin dalam rawatan penyakit akne. Tetrasiklin yang pertama didapati pada tahun 1948. Semenjak itu, tetrasiklin digunakan dengan meluas malah kerap kali tidak sesuai digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Penggunaannya yang meluas ini menyebabkan banyak mikroorganisma dapat menentang kesan daripada antibiotik ini. Oleh sebab itu, tetrasiklin tidak lagi berkesan melawan penyakit akibat mikroorganisma ini. | UMUM | |
IMAM | IMAM, pemimpin atau ketua. Dalam bahasa Arab imam bererti pemimpin. Perkataan imam mempunyai dua erti, iaitu imam sembahyang (kepimpinan kecil) dan imam umat (kepimpinan besar). Dalam sains politik Islam, kerap kali imam disebut sebagai al-Imamah (kepimpinan). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
BANGKA | BANGKA, pulau yang terletak di timur Sumatera dan dipisahkan oleh Selat Bangka. Nama Bangka mungkin berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu vanga, yang bermakna logam timah atau plumbum; atau wangka yang bermaksud sejenis kapal Cina. Menurut catatan sejarah, kapal dagang dari Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa dan Sumatera kerap kali menggunakan Selat Bangka untuk ke China atau Eropah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
NAMA | Nama. Setiap orang mempunyai nama. Sesetengah orang mempunyai banyak nama. Dalam kebanyakan negara, orang mempunyai sekurang-kurangnya dua nama, iaitu nama yang diberi dan nama keluarga. Nama keluarga adalah nama keturunan yang diturunkan kepada semua ahli keluarga. Ia juga dikenali sebagai nama keluarga atau nama akhir, kerana di sesetengah negara nama ini diletakkan selepas nama yang diberi. Nama yang diberi atau nama pertama membezakan ahli-ahli dalam keluarga. Nama yang diberi dan nama keluarga adalah nama yang sah seseorang. Orang di Asia dan Afrika kerap memberi nama kepada anak-anak mereka dengan makna tertentu. Kerap kali mereka tidak menggunakan nama keluarga. Nama boleh jadi nama peribadi, nama gelaran, atau nama sukuan. Sistem penamaan tradisional kerap diubahsuai untuk disesuaikan dengan penggunaan moden. | UMUM | |
OPERA | Opera ialah drama yang pelakonnya menyanyikan, bukan mengucapkan, semua atau sebahagian besar dialognya. Jalan ceritanya kerap kali sangat dramatik, menggambarkan perasaan yang mendalam yang biasa dialami oleh manusia sepanjang zaman. Beberapa opera yang paling masyhur memaparkan unsur yang sangat tragik. Opera berkemungkinan merupakan yang paling kompleks antara semua bentuk kesenian. Ia menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik orkestra, kostum, pemandangan, dan sering kali balet atau beberapa bentuk tarian yang lain. | UMUM | |
|
|