Persatuan Pembangunan Antarabangsa (International Development AssociationIDA) ialah organisasi dunia yang menyediakan pinjaman kepada negara sedang membangun untuk projek pembangunan. IDA ditubuhkan pada tahun 1960 untuk membantu negara sedang membangun yang memerlukan bantuan kewangan tetapi tidak mendapat kemudahan pinjaman wang yang mencukupi berasaskan syarat-syarat biasa. |