Keluarga diraja ialah anggota keluarga raja berperlembagaan yang memerintah, iaitu raja, ratu, maharaja, maharani, sultan, amir, atau raja berdaulat yang lain. Keluarga diraja dianggotai oleh seorang raja yang berkuasa dalam sebuah negara, dan juga anggota keluarganya yang terdekat isteri atau suami, anak, cucu, adik-beradik dan ibu bapa. Keluarga diraja tidak semestinya sama dengan keluarga pemerintah sesebuah negara (mereka yang berkuasa ke atas sesebuah kerajaan). Di kebanyakan negara United Kingdom contohnya raja adalah ketua negara tetapi tidak memainkan sebarang peranan dalam pentadbiran kerajaan. Sesetengah keluarga pemerintah yang menguasai kerajaan pula tidak semestinya berdarah raja. Contohnya, keluarga pemerintah negara Kuwait bukanlah berdarah raja. Keluarga sebegini biasanya tidak mempunyai asal usul dari keturunan bangsawan sejak zaman nenek moyang lagi. |