Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
LAPORAN KABINET | LAPORAN KABINET, laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran. Jawatankuasa ini mengemukakan laporannya kepada kerajaan Malaysia pada 7 November 1979. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
KABINET | Kabinet ialah sekumpulan penasihat yang membantu ketua sebuah kerajaan membuat dasar dan keputusan. Ia biasanya terdiri daripada para pegawai yang menyelia kerja eksekutif atau pentadbiran kerajaan. | UMUM | |
MAJLIS PRIVI | Majlis Privi ialah majlis kehormat yang dilantik oleh raja Great Britain. Anggota Majlis Privi terdiri daripada ahli kabinet, pemimpin politik, hakim, dan sarjana yang dipilih dari negara-negara Komanwel yang mengakui raja Inggeris sebagai simbol ketua negara Komanwel. Dalam kebanyakan hal, majlis ini ialah sebagai anggota kehormat. Anggota majlis ini hanya bergaji, apabila mereka diberi tempat dalam kabinet. Ketua hakim majlis ini ialah anggota dewan kabinet Inggeris. | UMUM | |
MAHOGANI | Mahogani sering dikenali sebagai kayu kabinet yang terbaik di dunia kerana ia mempunyai kebanyakan sifat yang diperlukan untuk membuat perabot. Kayu ini kuat, cukup keras, dan tahan sebagai perabot, tetapi cukup mudah untuk digergaji atau diketam, dan diukir. Mahogani tidak mengecut, mengembang, atau meleding seperti kebanyakan kayu lain yang sama kerasnya. Kayunya mempunyai warna dan ira yang menarik, dan berkilat. | UMUM | |
PHYFE, DUNCAN | Phyfe, Duncan (17681854) ialah pembuat kabinet dan pereka bentuk perabot Amerika yang terkenal. Phyfe mempopularkan gaya Persekutuan pada perabot Amerika. Dia meniru gaya ini daripada gaya neoklasik Inggeris yang terdapat pada pertengahan tahun 1700-an. | UMUM | |
PAKATAN LORONG CATO | Pakatan Lorong Cato ialah komplot untuk membunuh anggota Kabinet British pada tahun 1820. | UMUM | |
SALISBURY, MARQUESS OF | Salisbury, Marquess of (18301903) ialah negarawan British yang menjadi perdana menteri sebanyak tiga kali. Dia menjadi anggota Kabinet pada tahun 1867 dan tahun 1874 sebagai setiausaha negara untuk India di bawah Perdana Menteri Benjamin Disraeli. Apabila Disraeli meninggal dunia pada tahun 1881, Salisbury menjadi pemimpin Parti Konservatif. Dia menjadi perdana menteri dari 24 Jun 1885 hingga 6 Februari 1886; dari 3 Ogos 1886 hingga 8 Ogos1892 dan dari 2 Julai 1895 hingga 12 Julai 1902. Sepanjang tempoh Parti Konservatif berkuasa, Salisbury juga menjadi setiausaha negara untuk hal ehwal luar negara. | UMUM | |
PERDANA MENTERI | Perdana menteri ialah ketua kerajaan. Ketua negara raja atau permaisuri di negara pemerintahan beraja atau presiden di negara republik melantik perdana menteri. Di kebanyakan negara, ketua negara hanya boleh melantik pemimpin parti yang mempunyai suara majoriti dalam badan perundangan atau kerajaan campuran. Perdana menteri dan kabinet bertanggungjawab kepada badan perundangan. Ini bermakna perdana menteri dan Kabinet patut meletakkan jawatan sekiranya badan perundangan menolak peruntukan utama dasar mereka. Sistem ini dikenali sebagai sistem kerajaan berkabinet (lihat Kabinet ). | UMUM | |
PERABOT | Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang, dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti, kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis menyediakan tempat untuk menelaah dan membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga dianggap sebagai perabot. Piano merupakan sejenis perabot yang menarik di kebanyakan rumah. | UMUM | |
NORTHCLIFFE, VISCOUNT | Northcliffe, Viscount (18651922), penulis dan penerbit British yang terkenal. Dia mempelopori penggunaan komik, kesan khas, berita agama, dan akhbar tabloid. Dia juga memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Kabinet Campuran yang diketuai oleh David Lloyd George pada tahun 1916. Northcliffe memiliki Amalgamated Press, sebuah syarikat penerbitan majalah yang besar, dan London Evening News , Daily Mail , Daily Mirror , dan The Times . Dia dilahirkan di County Dublin, Ireland. Nama asal Northcliffe ialah Alfred Charles William Harmsworth. Dia dilantik menjadi baron pada tahun 1905. | UMUM | |
|
|