Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MINOTAUR | Minotaur, dalam mitos Yunani ialah raksasa yang berkepalakan lembu jantan dan berbadankan manusia. Ia merupakan anak lembu jantan dan Pasiphae, isteri Raja Minos dari Crete. Minos mengurung Minotaur di dalam Labirin, iaitu bangunan seperti pagar sesat yang tiada siapa pun dapat melepaskan diri. Minos mengorbankan tujuh orang pemuda dan tujuh orang gadis Athens kepada Minotaur setiap tahun. Theseus dari Athens akhirnya membunuh Minotaur, dan melarikan diri dari Labirin dengan menggunakan benang yang diberikan kepadanya oleh anak perempuan Minos, Ariadne. | UMUM | |
GUNDIK | GUNDIK, perempuan simpanan raja atau sultan. Isteri (permaisuri) raja biasanya berketurunan raja dan dikahwini secara sah, manakala gundik ialah perempuan bukan berdarah raja yang diambil sebagai hamba atau orang suruhan raja atau istana. Bilangan isteri raja tidak melebihi empat orang sesuai dengan hukum Islam. Sebaliknya, raja boleh mempunyai gundik seramai mungkin. Pada peringkat awal perkembangan, Islam membolehkan hamba digauli oleh tuannya. Raja mengambil kesempatan itu untuk menghalalkan perbuatan tersebut dengan mempunyai gundik antara 300 hingga 400 orang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DAYANG SAHADA | DAYANG SAHADA, ( ? - ?), perintis pelajaran sekular Melayu di Sarawak pada abad ke-19. Bersama-sama suaminya, Abang Kasim, dia membuka kelas untuk orang perempuan dan lelaki di rumah bapa mentuanya, Datu Bandar atas galakan Ranee Margaret Brooke, isteri Raja Charles Brooke yang memerintah Sarawak dari tahun 1868 hingga tahun 1917. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL | RAJA ALAM, RABBU AL-ALAM IBNI RAJA KECIL (? 1765), Yang Dipertuan Besar Siak. Baginda adalah putera Raja Kecil (Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah Johor) dengan isteri anak Dipati Batu Kucing, Rawas, Sumatera. Baginda dilantik oleh ayahandanya sebagai Raja Muda Siak. Raja Alam berkahwin dengan Daeng Khatijah, anak Daeng Parani. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PUTERI SA'ADONG | Puteri Saadong ( ? - ? ) ialah isteri kepada Raja Abdullah, pemerintah kerajaan Jembal ke-3 iaitu sebuah kerajaan di timur negeri Kelantan, pada abad yang ke-17. Puteri Saadong adalah puteri kepada Raja Luyor, iaitu raja ke-2 yang memerintah Jembal. Perihal kecantikan Puteri Saadong tersebar luas hingga ke negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung, iaitu negeri yang diperintah oleh Cik Siti Wan Kembang yang berpusat di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan. Puteri Saadong yang juga dikenali sebagai Puteri Wijaya Mala dijadikan anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang. | UMUM | |
KELUARGA DIRAJA | Keluarga diraja ialah anggota keluarga raja berperlembagaan yang memerintah, iaitu raja, ratu, maharaja, maharani, sultan, amir, atau raja berdaulat yang lain. Keluarga diraja dianggotai oleh seorang raja yang berkuasa dalam sebuah negara, dan juga anggota keluarganya yang terdekat isteri atau suami, anak, cucu, adik-beradik dan ibu bapa. Keluarga diraja tidak semestinya sama dengan keluarga pemerintah sesebuah negara (mereka yang berkuasa ke atas sesebuah kerajaan). Di kebanyakan negara United Kingdom contohnya raja adalah ketua negara tetapi tidak memainkan sebarang peranan dalam pentadbiran kerajaan. Sesetengah keluarga pemerintah yang menguasai kerajaan pula tidak semestinya berdarah raja. Contohnya, keluarga pemerintah negara Kuwait bukanlah berdarah raja. Keluarga sebegini biasanya tidak mempunyai asal usul dari keturunan bangsawan sejak zaman nenek moyang lagi. | UMUM | |
NEFERTITI | Nefertiti ialah permaisuri Mesir purba, isteri kepada Akhenaton, seorang firaun (raja) yang memerintah dari tahun 1367 hingga tahun 1350 S.M. Akhenaton ialah firaun pertama yang mengajar monoteisme (kepercayaan terhadap satu tuhan). Nefertiti menyokong kuat ajaran Akhenaton dan membantunya dalam upacara agama yang baru. Zaman pemerintahan Akhenaton dan Nefertiti dikenali sebagai Revolusi Amarna kerana mereka banyak melakukan perubahan dalam seni lukisan, agama, dan amalan sosial. | UMUM | |
PRIAM | Priam dalam mitologi Yunani, ialah raja terakhir Troy dan pemerintah kota tersebut sewaktu Perang Trojan dengan Yunani. Dia terkenal kerana kebaikannya, kemuliaan dan rasa hormatnya kepada dewa-dewa. Isteri Priam ialah Hecuba (atau Hecube). Priam mempunyai 50 orang anak lelaki dan 50 orang anak perempuan bersama-sama Hecuba dan perempuan-perempuan lain. Anaknya yang terkenal ialah putera Hector dan Paris serta puteri Cassandra. | UMUM | |
DIDO | Dido, dikenali juga sebagai Elissa, merupakan tokoh legenda yang menemukan Carthage dan juga menjadi ratu Carthage. Dia ialah anak perempuan Raja Belus dari Tyre, dan isteri kepada Sychaeus, atau Acerbas. | UMUM | |
SULTAN ABU SHAHID | SULTAN ABU SHAHID ( ? - 1446), Sultan Melaka yang keempat (1444 1446). Nama sebenar baginda ialah Raja Ibrahim. Mengikut sumber Portugis dan China, nama baginda disebut juga sebagai Parameswara Dewa Syah. Baginda adalah putera Sultan Muhammad Syah dan bondanya puteri Raja Rokan, Sumatera. Ayahanda baginda juga mempunyai seorang lagi isteri bernama Tun Wati binti Mani Purindan, adik kepada Tun Ali yang kemudiannya memegang gelaran Seri Nara Diraja. Perkahwinan ayahanda baginda dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim (Sultan Muzaffar Syah). Ini bererti Raja Ibrahim dan Raja Kassim bersaudara tiri. Walaupun dikatakan berpangkat adik dengan Raja Kassim, tetapi akibat pengaruh bondanya yang pada ketika itu menjadi Raja Perempuan Melaka dan baginda anak gahara, maka Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Melaka setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah. Baginda memakai gelaran Sultan Abu Shahid. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| isteri (kata nama) | Bersinonim dengan suri, suri rumah, bini, gerha, teman hidup, orang rumah, orang dapur, orang belakang, emaknya, perempuannya, permaisuri, maharani, sultanah, raja perempuan, rodong, padusi, induk beras, induk nasi;, | | Kata Terbitan : beristeri, memperisteri, memperisterikan, |
|
|