Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
IKAT JAMIN | | UMUM | Umum |
IKAT CELUP | | UMUM | Umum |
IKAT PINGGANG | IKAT PINGGANG, kain panjang yang dililit pada pinggang lelaki atau perempuan untuk mengukuhkan kedudukan samping atau sarung. Ikat pinggang juga disebut bengkung. Ikat pinggang yang dipakai di atas samping berfungsi sebagai penggalas keris atau senjata lain. Ikat pinggang yang panjang yang dililit beberapa kali di pinggang boleh melindungi pemakainya daripada tercedera semasa bertikam. | BUDAYA | Artifak/Mentifak |
IKAT | IKAT, teknik mengikat benang-benang loseng dan pakan sebelum dicelup warna bagi menghasilkan ragam hias dan corak tenunan. Teknik ini telah dikenal pasti sejak zaman kebudayaan dongson di kawasan Tongkin dan Annam Utara (Vietnam) yang meresap ke Alam Melayu pada sekitar tahun 500 S.M. Teknik ini mempunyai persamaan dengan tenunan orang gunung Siam, pua kumbu Iban, ulos Batak, tenunan Jawa, Bali, Sumbawa, Bima dan Sulawesi. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
BENGKUNG | BENGKUNG, kain yang dililit di bahagian pinggang dan dipakai oleh lelaki dan wanita dengan fungsi dan tujuan yang tertentu. Bengkung bagi lelaki pada asasnya ialah ikat pinggang atau kain ikat pinggang. Pada masa itu, kain ikat pinggang merupakan sehelai kain punca potong sepanjang lebih kurang 200 cm panjang dan selebar 80 cm hingga 90 cm. Bengkung yang terbaik pada masa itu ialah kain cindai daripada sutera yang berjambul (berambu) kedua-duanya puncanya, buatan India dan coraknya berbelang-belang seperti kulit ular. Ada kalanya seseorang yang memakai bengkung disebut sebagai bersayap sandang kerana kain ikat pinggangnya dipakai melintang pada dada untuk menusukkan pedang atau keris. | BUDAYA | Alat/Alatan |
KAIN GERINGSING | KAIN GERINGSING, kain tenun yang ragam hiasnya dihasilkan dengan teknik ikat ganda. Kain geringsing berasal dari daerah Tenganan Pegeringsingan di Bali, iaitu satu-satunya daerah yang menghasilkan kain ikat ganda yang terbaik. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN LIMAR | KAIN LIMAR, kain tenun yang menggunakan benang-benang yang telah dicelup ikat. Kain limar dianggap sebagai warisan budaya yang telah berusia lebih satu abad. Berdasarkan beberapa contoh daripada himpunan Muzium Budaya Tekstil Melayu, didapati beberapa ciri khus wilayah asalnya. Limar dari Kelantan dan Terengganu misalnya, memilih warna cerah seperti hijau, kesumba dan ungu. Ada juga limar telepuk iaitu limar berhias perada. Limar juga dikenal sebagai kain tajoong di Lampung, limar bersongket di Kelantan dan Terengganu (iaitu gabungan tenun ikat dan songket kain Terengganu), dan cindai aceh rosak, limar cuai dan cindai kembang di Palembang. | BUDAYA | Kraf Tangan |
JUSTAR | JUSTAR, ikat kepala yang dipakai oleh keluarga diraja Johor. Justar ini direka bentuk mengikut justar yang dipakai oleh pembesar-pembesar Kepulauan Riau. Justar Johor dipakai kali terakhir oleh Sultan Ismail sewaktu perkahwinan baginda dengan Ungku Tun Aminah pada tahun 1920. Justar itu diberi nama Singa Menoleh. | BUDAYA | Konsep |
CINDAI | CINDAI, sejenis tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenun benang ikat ganda. Benang pakan dan loseng diikat celup dengan bahan pencelup semula jadi terlebih dahulu sebelum ditenun, bagi menghasilkan motif dan corak kain. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN SAMARINDA | KAIN SAMARINDA, kain tenunan ikat benang pakan yang lazimnya ditenun oleh orang Bugis di Sulawesi dan Kalimantan. | BUDAYA | Kraf Tangan |
|
Tesaurus |
---|
| ikat (kata nama) | 1. Dalam konteks alat bersinonim dengan tali, benang, kain,
2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,
| Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau dapat diikat-ikat, Ikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang.
Lihat selanjutnya... |
|