Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MASJID AL-HARAM | Masjid al-Haram ialah masjid terbesar di dunia yang wajib dikunjungi oleh umat Islam yang menunaikan ibadat haji. | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
HARAM | Haram, sesuatu yang ditegah oleh syarak dengan tegahan yang pasti. Seseorang yang melakukan perkara yang diharamkan adalah berdosa dan akan menerima balasan daripada Allah SWT berupa azab di akhirat kelak. | AGAMA | Konsep |
ZINA | Persetubuhan yang tidak sah atau haram antara lelaki danpermpuan tanpa ikatan nikah yang mengikut syarak. | AGAMA | Konsep |
SAFA | Merupakan sebuah bukit kecil yang kini terletak di dalam kawasan Masjidil Haram di Mekah. | AGAMA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MASJIDILAQSA | Masjidilaqsa ialah kiblat pertama umat Islam dan tanah haram ketiga serta tempat persinggahan Rasulullah SAW ketika Mikraj, juga tempat sembahyang semua nabi pada malam Israk. | UMUM | |
KAABAH YANG MULIA | Kaabah Yang Mulia dikenali juga dengan Baitullah al-Haram ialah kiblat bagi umat Islam. | UMUM | |
SETINGGAN DI AUSTRALIA | Setinggan di Australia pada mulanya ialah penggembala-penggembala yang menduduki tanah kerajaan secara haram. Lama-kelamaan, ramai antara mereka menjadi penternak lembu yang kaya dan dihormati. | UMUM | |
MAHRAM | Mahram, lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin. Para fuqaha telah membahagikan pengharaman berkahwin antara lelaki dan perempuan kepada dua kategori iaitu Haram Muabbad dan Haram Muaqqat. Dalam kategori yang pertama, lelaki dan perempuan diharamkan berkahwin disebabkan tiga perkara iaitu nasab keturunan, persemendaan, dan penyusuan. | AGAMA | Konsep |
ABU DHAR, GHAFFARIY | Abu Dhar, Ghaffariy ( ? 32 H./?652 M.), sahabat Nabi yang setia, ahli hadith dan fiqh serta antara golongan awal yang memeluk Islam dan merupakan golongan ahl al-Suffah. Nama penuhnya ialah Jundub ibn Janadah ibn Sufyan ibn Ubayd ibn Haram ibn Ghaffar. Dia ialah saudara kepada Thalabah, iaitu anak kepada Mulayl ibn Dumrah, saudara kepada Layth dan al-Dil, iaitu anak-anak kepada Bakr. Dia juga saudara kepada Murrah, iaitu ayah kepada Mudlaj ibn Murrah dan anak kepada Abd Manat ibn Kinanah. Gelarannya ialah Abu Dhar. | UMUM | |
SURAH AL-HAJJ | Surah al-Hajj ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-22 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 78 ayat. Surah ini dinamakan al-Hajj sebagai mengingati seruan Nabi Ibrahim a.s. selepas selesai membina Kaabah yang menyeru manusia menunaikan haji di Baitullah al-Haram. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| haram | Bahasa Asal :Arab | 1. Bersinonim dengan ditegah ( dilarang, dicegah, ) (adjektif:)
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan sungguh-sungguh, betul-betul, beriya-iya, benar-benar, sedikit pun, langsung, (kata tugas:)
| Kata Terbitan : mengharamkan, pengharaman, |
|
Puisi |
---|
|
Pisau kecil hulunya gewang, Jatuh ke kaki haram tak luka; Dara kecil permainan abang, Jatuh hati haram tak lupa.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 320 If you lie down with dogs, you'll get up with fleas Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama. Bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities. Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti k Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|