Kata |
Takrif |
Sumber |
haram | 1 ditegah atau tidak dibenarkan oleh agama Islam; tidak halal: Daging babi ~ dimakan oleh orang Islam. 2 ditegah atau dilarang oleh undang-undang; tidak sah: Bapanya ditangkap kerana terlibat dlm kumpulan ~. mengharamkan 1 memandang (menetapkan) haram; mengatakan haram; melarang; menegah: Agama Islam ~ orang-orang Islam meminum arak atau berjudi. 2 melarang drpd melakukan sesuatu; menegah: Kerajaan telah ~ orang ramai membaca majalah itu. pengharaman perbuatan atau hal mengharamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haram | 1. ditegah atau tidak dibenarkan oleh agama Islam; tidak halal: Daging babi ~ dimakan oleh orang Islam. 2. ditegah atau dilarang oleh undang-undang; tidak sah: Bapanya ditangkap kerana terlibat dlm kumpulan ~. mengharamkan 1. memandang (menetapkan) haram; mengatakan haram; melarang; menegah: Agama Islam ~ orang-orang Islam meminum arak atau berjudi. 2. melarang drpd melakukan sesuatu; menegah:Kerajaan telah ~ orang ramai membaca majalah itu. pengharaman perbuatan atau hal mengharamkan. | Kamus Pelajar |
tegahan | sesuatu yg ditegah; larangan: menjauhkan ~ tidak melakukan apa-apa yg terlarang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biar | 1 jangan ditegah atau jangan dilarang; izinkan saja: ~ dia bermain-main di bawah pohon itu. 2 lebih baik; lebih elok: ~ dia membaca buku drpd merayau-rayau di segenap kampung. 3 kata yg digunakan utk mengharapkan sesuatu; supaya; agar: Basuhlah kain itu dahulu ~ bersih. membiarkan 1 memberi izin atau kebenaran; tidak melarang: Emak ~ kami bermain-main di padang permainan kanak-kanak. 2 tidak mempedulikan; tidak menjaga atau tidak memelihara baik-baik: Gadis itu ~ air matanya menitik membasahi pipinya. terbiar tidak dipedulikan atau tidak diendahkan; terlantar: Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ahmad ~ seorang diri. biarpun meskipun; walaupun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tegahan | apa yg ditegah, larangan, sekatan: di sana tidak ada ~ membuang sampah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mubah | Ar tidak ditegah dan tidak diwajibkan (dlm Islam), harus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegahan | sesuatu yg ditegah; larangan: menjauhkan ~ tidak melakukan apa-apa yg terlarang. | Kamus Pelajar |
bertopang | 1. dibantahi, disangkal, ditegah: segala perintahnya tidak ~; 2. berbantah, bertengkar: suka ~ dgn sesiapa juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantangan | makanan (minuman) yg ditegah (terlarang) utk sesuatu penyakit dll: penyakit gatal ini ~nya ialah udang; daging lembu ialah ~ bagi orang yg beragama Hindu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biar | 1. jangan ditegah atau jangan dilarang; izinkan saja: ~ dia bermain-main di bawah pohon itu. 2. lebih baik; lebih elok:~ dia membaca buku drpd merayau-rayau di segenap kampung. 3. kata yg digunakan utk mengharapkan sesuatu; supaya; agar: Basuhlah kain itu dahulu ~ bersih. membiarkan 1. memberi izin atau kebenaran; tidak melarang: Emak ~ kami bermain-main di padang permainan kanak-kanak. 2. tidak mempedulikan; tidak menjaga atau tidak memelihara baik-baik: Gadis itu ~ air matanya menitik membasahi pipinya. terbiar tidak dipedulikan atau tidak diendahkan; terlantar: Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ahmad ~ seorang diri. biarpun meskipun; walaupun. | Kamus Pelajar |