Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ILMU KALAM | Ilmu kalam ialah ilmu yang menitikberatkan persoalan akidah Islam dan mempertahankannya, di samping menolak keraguan yang timbul mengenainya berpandukan logik akal dan bukti- bukti, dengan menggunakan istilah-istilah, kaedah analisa dan falsafah.
| UMUM | Umum |
STEICHEN, EDWARD | Steichen, Edward (18791973) ialah jurugambar Amerika yang membantu memajukan fotografi sebagai satu seni kreatif. Pada awal kerjayanya, Steichen seorang pelukis di samping jurugambar. Dia menjadi terkenal kerana kualiti fotonya yang lembut dan kabur tentang landskap dan manusia. | UMUM | |
ABDULLAH HUSSAIN, DATO | Abdullah Hussain, Dato' (1920 ), Sasterawan Negara yang kelapan. Sumbangannya yang cukup penting dalam kesusasteraan Melayu adalah dalam bidang cerpen dan novel. Di samping itu, dia pernah menghasilkan puisi, novel dan cerpen asing. | UMUM | |
SOFIA | Sofia (pend. 1 056 945; pend. kaw. met. 1 142 582) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Bulgaria, di samping merupakan pusat ekonomi dan kebudayaan yang terpenting. Bandar ini terletak di barat Bulgaria dan dikelilingi oleh Banjaran Balkan dan banjaran gunung lain. Untuk lokasinya, lihat Bulgaria (peta). | UMUM | |
ANUGERAH SASTERA NEGARA | Anugerah Sastera Negara ialah anugerah yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu, yang dianggap telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan oleh penganjur. Di samping itu sasterawan yang layak dianugerahi dengan hadiah sastera tertinggi negara ini mestilah telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air dengan menghasilkan karya yang bermutu tinggi. | UMUM | |
BIERCE, AMBROSE GWINETT | Bierce, Ambrose Gwinett (18421914?) ialah penulis dan wartawan Amerika. Dia terkenal dengan cerita perang yang realistik di samping cerita-cerita ngeri dan alam ghaib. Dia mempunyai gaya penulisan yang ringkas dan tepat. Watak-watak dalam ceritanya didorong oleh naluri yang paling rendah. Banyak wataknya bertindak seperti haiwan dengan sedikit hati nurani. Cerita-ceritanya ini menunjukkan betapa tertariknya Bierce terhadap kekejaman dan kematian. | UMUM | |
RACUN SERANGGA | Racun serangga ialah bahan pembunuh serangga. Racun serangga kadangkala dikenali sebagai racun perosak . Tetapi racun perosak termasuk bahan yang digunakan untuk mengawal tikus, rumpai dan perosak lain, di samping serangga. Di seluruh dunia, serangga boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada tanaman dan ternakan. Ia juga mengancam kesihatan manusia dengan menyebarkan penyakit. | UMUM | |
STOCKHOLM | Stockholm (pend. 692 954) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Sweden. Ia merupakan pusat perdagangan dan kebudayaan negara di samping pusat utama perdagangan dan komunikasi antarabangsa. Bandar ini terletak di pantai timur Sweden, di antara Tasik Mälaren dan Laut Baltik (lihat Sweden (peta politik)). | UMUM | |
SENI BINA LANDSKAP | Seni bina landskap melibatkan kerja mereka bentuk dan membangunkan tanah untuk digunakan dan dinikmati oleh manusia. Seni bina landskap berkaitan dengan kecantikan alam sekitar semula jadi di samping cara yang praktikal untuk menggunakan tanah dan objek-objek di atasnya. Seseorang yang mendapat latihan profesional dalam bidang ini dikenali sebagai arkitek landskap . | UMUM | |
NEUTRA, RICHARD JOSEPH | Neutra, Richard Joseph (18921970) ialah arkitek Austria yang bekerja di California, Amerika Syarikat. Reka bentuknya yang terbaik mencerminkan matlamatnya untuk membina bangunan yang memenuhi keperluan biologi dan psikologi, di samping pertimbangan seni dan teknikal. Dalam bukunya Survival Through Design (1954), Neutra menyatakan bahawa manusia dapat hidup hanya dengan mengawal alam sekitar menerusi reka bentuk, seni bina, dan perancangan bandar. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| samping (kata tugas) | Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;, | | Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan, |
|
|