Agassiz, Louis (18071873) ialah pengkaji alam kelahiran Switzerland yang mengkaji berjenis-jenis haiwan di Eropah dan Amerika. Dia menjadi terkenal kerana karyanya tentang bentuk ikan moden dan bentuk fosil. Dia percaya bahawa spesies haiwan tidak berubah, dan mengkritik teori evolusi Darwin. Jean Louis Rodolphe Agassiz lahir di Motieren- Vuly, Switzerland. Louis, Agassiz belajar di Zurich, Heidelberg, dan Munich. Agassiz pindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1846 dan menjadi profesor zoologi dan geologi di Harvard University pada tahun 1848 (lihat Geologi). |