SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiZaman dahulu cermin cina, Hingga sekarang patah kakinya; Zaman dahulu saya punya, Hingga sekarang ada gantinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiZaman dahulu kereta lembu, Zaman sekarang kereta kuda; Harap tuan memberitahu, Apa maksudnya kita bercinta? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSeri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, Mengenang nasib dagang piatu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSiti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPulau Pinang Pekan Baru, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang zaman dahulu, Jatuh berlinang air mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHanyut pinang dari hulu, Pinang berisi madu lebah; Bila terkenang zaman dahulu, Rindu sekarang menggigit lidah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Ali menjual kayu, Orang di bukit menjual lada; Kalau teringat zaman dahulu, Rasa menitik air mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang hulu pulang ke hulu, Sampai ke hulu menyangkul busut; Bila terkenang zaman dahulu, Hati yang baik menjadi kusut. |
|
Puisi |
---|
|
Zaman dahulu kereta lembu, Zaman sekarang kereta kuda; Harap tuan memberitahu, Apa maksudnya kita bercinta?
Lihat selanjutnya... |
|