SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiWalau kencang bertiup angin, Kapal berlabuh akan terbalik; Biarlah karam di tengah lautan, Namun tidak berpatah balik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMerabung kita merabung, Atas rabung dipulak ambuk; Walau harum bunga kecubung, Kalau termakan memberi mabuk. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah pauh dalam dulang, Dikirim orang kampung hulu; Walau jauh di negeri orang, Doa restu kirim selalu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHijau dada burung serindit, Kuberi makan jambu mawar; Walau setahun hujan di langit, Air di laut haram tak tawar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiZam-zam telaga Makkah, Tempat orang mengambil haji; Walau beribu orang bergagah, Kami tidak mungkir janji. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukanlah padi masak berhimpun, Dimasak mari santan kelapa; Walau kumati ditembak Jepun, Kerana adinda tidak mengapa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung nuri terbang melayang, Hinggap mari di celah dahan; Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil kapak belah ke kundur, Baik terbelah si ibu kaki; Walau setapak saya tak undur, Itu adat anak laki-laki. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngkut-angkut hinggap di bukit, Membuat sarang di pokok rendang; Walau tertangkup bumi dan langit, Janji tidak saya uraikan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik bukit membakar arang, Habis padi dimakan rusa; Sakit hati dikata orang, Walau sekali kuambil juga. |
|
Puisi |
---|
|
Merabung kita merabung, Atas rabung dipulak ambuk; Walau harum bunga kecubung, Kalau termakan memberi mabuk.
Lihat selanjutnya... |
|