SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGendang Cik Samat gembala angsa, Telur angsa sarang setalam; Umat Muhammad punya bangga, Embun menitis serata alam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMalam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiInderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Bagai nabi kasihkan umat, Begitu saya kasihkan puan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiInderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiInderagiri pasirnya lumat, Garam bercampur dengan lokan; Umpama nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanjung Api pasirnya lumat, Tempat temasya Maharaja Kobat; Bagaimana nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan sahabat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTabuh bunyi hari Jumaat, Itu bernama gendang raya; Bagai nabi kasih umat, Begitu juga kasih saya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang sebandi pasirnya lumat, Pasirnya bercampur batu karang; Laksana nabi kasihkan umat, Begitu juga kasihkan tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang Sebandi pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Kami senabi kasih umat, Kami juga kasih kepada tuan. |
|
Tesaurus |
---|
| umat (kata nama,) | Bahasa Asal :Arab | 1. Bersinonim dengan pemeluk: penganut, pengikut, ahli, anak buah,
2. Bersinonim dengan orang ramai: seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai, umum,
3. Bersinonim dengan segolongan manusia: bangsa, sekumpulan manusia.,
|
|
Puisi |
---|
|
Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 509 A rotten apple spoils the barrel Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama. Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel. Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|