SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDayang berkayuh ke Sungai Lampai, Rasaku kepenatan ke jari-jari; Jika niat tidak sampai, Sia-sia sahaja datang ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam kandis asam geligir, Taruh mari di dalam dulang; Mulutnya manis di luar bibir, Manis tidak sampai jua ke tulang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPenat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPenat sudah saya kemudi, Tidak sampai ke Pulau Daik; Penat sudah mencampak budi, Tidak juga dapat baik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik perahu ke Tanjung Tuan, Hendak tangkap ikan pari; Kalau tidak kerana tuan, Saya tidak sampai ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah kecil alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak berhajat besar, Tidak saya sampai ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak bulan seterang ini, Terangnya sampai ke bawah rumah; Tidak baik sekasih ini, Kasih akan bercerai sudah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHanyut kayu dari bukit, Dari gunung berkati-kati; Segunung budi bukan sedikit, Tidak tertanggung sampai ke mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Ali menembak berdetus, Bunyi sampai tepi madrasah; Nampak genting tidak putus, Dengar berderak tidak patah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Kedah orang berdagang, Rasa nak nangguk rasanya tidak; Pintu terdedah sampai ke siang, Rasa nak masuk rasanya tidak. |
|
Puisi |
---|
|
Asam kandis asam geligir, Taruh mari di dalam dulang; Mulutnya manis di luar bibir, Manis tidak sampai jua ke tulang.
Lihat selanjutnya... |
|