SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk pauh batangnya pauh, Tengah-tengah pokok mengkudu; Tuan jauh adik pun jauh, Sama-sama menahan rindu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKiri berangan kanan pun berangan, Tengah-tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKanan jalan kiri pun jalan, Tengah-tengah pokok mengkudu; Pesan jangan berkirim jangan, Sama-sama menanggung rindu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKe sana gunung di sini gunung, Tengah-tengah pohon melati; Ke sana bingung di sini bingung, Siapa dikenang di dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung serindit tidur tergantung, Tergantung mari di alang tengah; Tabiklah datuk empunya kampung, Kami bermain di tengah-tengah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuat budak tengah rumah, Tepung gomak tengah perahu; Tuan main satu rumah, Orang di luar habis tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTengah malam waktunya sunyi, Di daratlah makan kijang berbunyi; Timbullah ompang denganlah pelangi, Alamatlah hilang kemala nanti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTengah mengatih bertenun jangan, Kalau bertenun secara kembang; Kalau berkasih bersenyum jangan, Kalau bersenyum ketawa dek orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTengah malam lancong ke hujung, Pungguk merindu bulan purnama; Sekadar diri sedarkan untung, Rebah ke bantal menyebut nama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTengah hari sama ke hulu, Penat kaki tidak terkira; Resah hati siapa tahu, Rindu dipendam dalam ketawa. |
|
Tesaurus |
---|
| tengah (kata tugas) | Bersinonim dengan sedang, masih, pada waktu itu, pada ketika itu, dalam pada itu;, | | Kata Terbitan : di tengah, mengetengahkan, setengah, sesetengah, setengah-setengah, menengah, pertengahan, penengah, |
|
Puisi |
---|
|
Kiri berangan kanan pun berangan, Tengah-tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 526 It's six of one and half a dozen of the other Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang. Seperti lima belas dengan tengah dua puluh My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty. Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti lima belas dengan tengah dua puluh Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|