SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGalah terpacak di tengah laman, Laman tempat orang berjudi; Bukan tak hendak mencari teman, Belum dapat teman sejati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAduilah adui meniti batang, Si teman bujang dicari juga; Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaiklah baik berjalan-jalan, Kalau takut bawalah teman; Alangkah merpati berpasang-pasangan, Mengapa orang tidak berkawan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPada beri baik jangan, Budak bodoh buat teman; Kalau takut luka di tangan, Tak boleh petik bunga di taman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJika adik masak serunding, Bolehlah dijamu kakak Zaharah; Jika cerdik teman berunding, Jika bodoh disuruh arah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah apa di hujung tanjung, Rumah Pak Jenal tukang perahu; Teman siapa berbaju gadung, Rasa kenal nama tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLaman tempat orang berjudi, Kalau kalah lari ke mana Kalau tak jumpa teman sejati, Abang nak bujang selama mana? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Acheh bersapu tangan, Gajuk tiang mana nak cabut; Jikalau kasih menghantar teman, Jikalau sayang berbilang rambut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok pisang beranak banyak, Ikan toman dibelah dua; Minta maaf banyaklah banyak, Habislah teman kita berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang emas anak banyak, Anak kumbang dalam gua; Minta maaf banyak-banyak, Tiada teman kita berdua. |
|
Tesaurus |
---|
| teman (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, rakan, taulan, handai, konco, kenalan, sekutu, komrad, bandu, saki, kanti, nyapang, ratik, sobat, alif, Berantonim dengan musuh
2. Bersinonim dengan jodoh: kawan, judu, pelengkap, pasangan, regu, sandingan, setelan,
| Kata Terbitan : berteman, bertemankan, menemani, peneman, |
|
Puisi |
---|
|
Aduilah adui meniti batang, Si teman bujang dicari juga; Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula.
Lihat selanjutnya... |
|