SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTebing Tinggi kampung ternama, Nampak dari Kuala Segamat; Bila teringat budi yang lama, Berubah hati berdebar semangat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTebing tinggi pangkalan ikan, Anak Cina menjual telur; Adik di sini rindu tak makan, Abang di sana rindu tak tidur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGelungsur tebing tinggi, Cerahnya belukar; Kalau ukur sama tinggi, Kalau sudah sama besar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMerambat tebing buantar, Rambat menyangkut di hujung galah; Barang ini barang latar, Di sana terantuk mencari balah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMerambat tebing Brunei, Rambat menyangkut di pokok pauh; Sedang liar si burunglah punai, Tiadalah boleh terbang jauh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga kesum tebing tinggi, Nampak dari Kuala Segamat; Singgah terlangsung saya ke mari, Minta doa biar selamat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa daya tebing tinggi, Batang api di Muara Tebas; Apa daya di tahun ini, Tanam cili tak pedas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTuan merambat tebing beringkat, Rambut menyangkut di akar bambangan; Jangan lambat burung diikat, Burung makan di tapak tangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi atas tebing airnya pasang, Sakit terlanggar padang berduri; Sudah teringat memandang abang, Rasa membunuh badan sendiri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah pupur di tebing tinggi, Buah kandis masak putih; Kalau nak ukur sama tinggi, Kalau nak banding sama putih. |
|
Puisi |
---|
|
Tebing tinggi pangkalan ikan, Anak Cina menjual telur; Adik di sini rindu tak makan, Abang di sana rindu tak tidur.
Lihat selanjutnya... |
|