SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuluh aur jangan dibelah, Titi dibuat berikat akar; Teguh setia tidak berubah, Janji ikrar jangan bertukar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPohon mengkudu tumbuh rapat, Rapat lagi pohon jati; Kawan beribu mudah dapat, Sahabat setia susah dicari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan putih terenang-renang, Anak sepat dari muara; Sungguh sedih bila dikenang, Sahabat setia buat angkara. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPohon temu tumbuhnya rapat, Rapat lagi si pohon jati; Kawan beribu mudah didapat, Sahabat setia payah dicari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam ubi di tepi tebat, Orang menjala di Kampung Ulu; Hidup mati bersama sahabat, Sahabat setia menudung malu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTukang kayu suka berdikat, Suka berdikat masuklah dia; Tuan bercinta belayar surat, Itulah tanda hati setia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok kelapa berbuah lebat, Benih dari kampung paya; Kalau kita mencari sahabat, Biarlah dapat orang yang setia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLipat kain lipat empat, Lipat balik punca sedia; Cari lain haram tak dapat, Balik juga orang tak setia. |
|
Tesaurus |
---|
| setia (adjektif) | 1. Bersinonim dengan teguh hati: tetap hati, cekal, tabah, bulat hati, bulat tekad, bulat fikiran,
2. Bersinonim dengan patuh: taat, tawaduk, patih, boleh diharap, tunak,
| Kata Terbitan : bersetia, kesetiaan, persetiaan, |
|
Puisi |
---|
|
Pohon mengkudu tumbuh rapat, Rapat lagi pohon jati; Kawan beribu mudah dapat, Sahabat setia susah dicari.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 57 Blood is thicker than water Ahli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain. Masin lagilah garam sendiri So you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend. Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya masin lagilah garam sendiri, wahai kawanku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|