SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan tenggiri ikan temenung, Lautnya konon sepanjang pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMemburu rusa di tepi bukit, Rusa diburu sepanjang hari; Malu bukan satu penyakit, Ubatnya tentu payah nak cari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSisirlah sisir rambut panjang, Lepas disisir disolek bunga; Fikirlah fikir sepanjang-panjang, Datang hujan tidak berguna. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSisir-sisir rambut panjang, Sudah disisir disolek bunga; Fikir-fikir sepanjang-panjang, Sudi menatang kitak berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGulai lemak sayur cendawan, Anak udang goreng berlada; Kasih emak sepanjang jalan, Sayang saudara sama berada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPerahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang kelapa buahnya masak, Batangnya condong ke pokok mangga; Merajukkan sayang bersapa tidak, Sepanjang malam saya berduka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBangun malai bangunlah bungaku, Bangun puasa bulan Ramadan; Hilang bunga hilang di pangkuanku, Bungaku wujud sepanjang badan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga melati tumbuh di ceruk, Dialih mari ke dalam taman; Sekeping hati hancur remuk, Meranalah saya sepanjang zaman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa dikutip pisang nak tumbang, Cincin permata di dalam cawan; Apa kisik abang nak pulang, Air mata sepanjang jalan. |
|
Tesaurus |
---|
| panjang (adjektif) | 1. Dalam konteks ketinggian bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang, Berantonim dengan rendah
2. Dalam konteks kepanjangan bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong, Berantonim dengan pendek
3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela
| Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan, |
|
Puisi |
---|
|
Memburu rusa di tepi bukit, Rusa diburu sepanjang hari; Malu bukan satu penyakit, Ubatnya tentu payah nak cari.
Lihat selanjutnya... |
|