Dewan Bahasa & Pustaka Display virtual keyboard interface  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang berkampung dari hulu, Tanam kelapa rata-rata; Senang susah tanggung dahulu, Pada siapa hendak dikata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Labuan tanahnya rata, Anak ikan di paya dua; Jangan takut ibu dan bapa, Kalau jodoh kita berdua.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Labuan tanahnya rata, Tempat berjalan enjin kereta; Tutup pintu buka jendela, Sana tempat berpandang mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kacang melilit di tanah rata, Ambil dimasak bersama timun; Dia masam sebelum ditegur, Bila ditegur dia tersenyum.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mengetam papan di tanah rata, Buah anggur buah berangan; Minta disiram air mata, Minta tidur di tapak tangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata; Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dua tiga layar berpupu, Cari layar rata negeri; Dua tiga bulan tidak bertemu, Minum air terasa duri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil parang pergi menebas, Dahannya jatuh merata-rata; Dulu hamba mergastua bebas, Sekarang dijerat si molek jelita.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sorong dayung ditarik dayung, Tariklah papan sama rata; Tuanlah pulang berkembang payung, Kami yang tinggal jahat rasanya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung enggang silang-bersilang, Nampak pipit sama rata; Sudilah sirih sekapur seorang, Itulah asal pembuka kata.
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Labuan tanahnya rata,
     Anak ikan di paya dua;
Jangan takut ibu dan bapa,
     Kalau jodoh kita berdua.



Lihat selanjutnya...