SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSagu ladang makan dek kuda, Ramas limau dalam telaga; Tidak padan dengan kita, Dia emas kita tembaga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSagu ladang makan dek kuda, Anak udang balik batu; Tidak padan dengan kita, Apa abang kata begitu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam timun dalam jerelung, Sagu ladang makan dek kuda; Segala semut sejenak jerung, Tidak padan dengan kita. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung jelatik burung jeladan, Ketiga dengan burung tempua; Sama cantik sama padan, Ibarat pinang dibelah dua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJelatik burung jeladan, Tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Sudah diukur sama tinggi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJelatik burung jeladan, Burung terkukur terbang tinggi; Sama patut samanya padan, Mari diukur samanya tinggi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJelatik burung jeladan, Anak tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Lagi diukur sama tinggi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang jelatik burung jeladan, Sayang tekukur terbang tinggi; Sama cantik sama padan, Jikalau diukur sama tinggi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung jelatik burung jeladan, Burung tekukur terbang meninggi; Sudahlah paut samalah padan, Marilah ukur samalah tinggi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerung catur tepi sempadan, Tanam gelugur di tebing tinggi; Sudah patut sudah padan, Sudah ukur sama tinggi. |
|
Tesaurus |
---|
| padan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,
2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,
| Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan, |
|
Puisi |
---|
|
Sagu ladang makan dek kuda, Anak udang balik batu; Tidak padan dengan kita, Apa abang kata begitu.
Lihat selanjutnya... |
|