SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMacam-macam menunggang kuda, Menunggang kuda di rumpun buluh; Sapu tangan pakaian muda, Pohon pemalit peluh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSampan kotak mudik ke Pangkor, Singgah pula Pulau Sembilan; Macam diletak macam diatur, Macam cincin permata silan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMacam mana mengail udang, Lepas dienjut diseret pula; Macam mana bermain bujang, Lepas tersenyum tertawa pula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMacam mana tamban nak loncat, Tamban baru dua jari; Macam mana demam nak pucat, Demam baru dua hari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMacam mana nak kutip siput, Siput datang dari seberang; Macam mana saya nak ikut, Tangan sebelah dipegang orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMacam mana mata nak tidur, Daun pauh jatuh melayang; Macam mana mata nak tidur, Dari jauh nampak bebayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMacam mana orang hutan hendak, Orang hutan hendak orang berkaki; Macam mana orang berkehendak, Orang berkehendak berani mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMacam mana padi tak hampa, Limau manis condong ke hulu; Macam mana hati tak gila, Hitam manis jalan dahulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBawakan minyak ke tengah laut, Macam mana tupai nak kerik; Kalau lebat bunga tengah rambut, Macam mana hamba nak ambik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyam siapa nampak rabun, Taji bisa macam racun; Sungguh songket bunga bertimbun, Bukan boleh tahan bertahun. |
|
Puisi |
---|
|
Sampan kotak mudik ke Pangkor, Singgah pula Pulau Sembilan; Macam diletak macam diatur, Macam cincin permata silan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 378 So many men, so many opinions. Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan. Lain orang, lain pendapat A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached. Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan lain orang, lain pendapat, saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|