Kata |
Takrif |
Sumber |
langgar II | surau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
langgar I | ; berlanggar berhantuk; berlaga: Sebuah bas telah ~ dgn sebuah van di Jalan Ampang pagi tadi. berlanggaran 1 berlanggar antara satu dgn yg lain: Kedua-dua kereta yg ~ itu telah rosak sama sekali. 2 bertentangan; bersalahan: Perbuatannya itu tidak ~ dgn adat resam kita di sini. berlanggar-langgaran serang-menyerang; saling menyerang. melanggar 1 merempuh; melanda: Keretanya yg terbabas telah ~ sebuah kedai runcit di tepi jalan. 2 menyerang; menyerbu: Askar-askar Belanda telah ~ kota Melaka. 3 menyalahi atau menentang undang-undang (peraturan, hukum dll): Dia telah dibuang kerja kerana ~ tatatertib bekerja. langgaran rempuhan. perlanggaran perihal berlanggar (bkn kenderaan, orang dsb): Dlm ~ itu, kedua-dua kenderaan yg terlibat telah musnah. pelanggaran 1 perbuatan atau hal melanggar; penyerangan; penyerbuan: ~ pihak musuh telah dpt dipatahkan. 2 perbuatan melanggar undang-undang (peraturan dll). pelanggar orang atau benda yg melanggar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
langgar IV | Br bahagian yg beratap dan menganjur dr ibu rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgar III | sl kawasan permakaman diraja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgar II | surau, madrasah: suara azan dr ~ di hujung kampung itu baru sahaja hilang dr udara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgar lari | perbuatan melanggar (di jalan raya) kenderaan lain, orang, dsb, tanpa menunggu atau membuat laporan polis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgar jangan beragak | menyerang dgn sungguh-sungguh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgar bahasa | biadap, tidak sopan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgar adat | biadap, tidak sopan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgar II | surau. | Kamus Pelajar |