Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Macam-macam menunggang kuda, Menunggang kuda di rumpun buluh; Sapu tangan pakaian muda, Pohon pemalit peluh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sampan kotak mudik ke Pangkor, Singgah pula Pulau Sembilan; Macam diletak macam diatur, Macam cincin permata silan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Macam mana mengail udang, Lepas dienjut diseret pula; Macam mana bermain bujang, Lepas tersenyum tertawa pula.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Macam mana tamban nak loncat, Tamban baru dua jari; Macam mana demam nak pucat, Demam baru dua hari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Macam mana nak kutip siput, Siput datang dari seberang; Macam mana saya nak ikut, Tangan sebelah dipegang orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Macam mana mata nak tidur, Daun pauh jatuh melayang; Macam mana mata nak tidur, Dari jauh nampak bebayang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Macam mana orang hutan hendak, Orang hutan hendak orang berkaki; Macam mana orang berkehendak, Orang berkehendak berani mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Macam mana padi tak hampa, Limau manis condong ke hulu; Macam mana hati tak gila, Hitam manis jalan dahulu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bawakan minyak ke tengah laut, Macam mana tupai nak kerik; Kalau lebat bunga tengah rambut, Macam mana hamba nak ambik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ayam siapa nampak rabun, Taji bisa macam racun; Sungguh songket bunga bertimbun, Bukan boleh tahan bertahun.
Tesaurus
 
macam
1. Bersinonim dengan sekolah agama: pondok, pergirian,

2. Bersinonim dengan surau: masjid, langgar.,

Kata Terbitan : bermacam-macam, mempermacam-macamkan,

Puisi
 

Sampan kotak mudik ke Pangkor,
     Singgah pula Pulau Sembilan;
Macam diletak macam diatur,
     Macam cincin permata silan.



Lihat selanjutnya...