SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPagi-pagi naik ke darat, Kerana hendak membasuh kain; Buruk besi kerana karat, Hina manusia kerana miskin. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApi-api berpagar dusun, Anak Keling bergelang suasa; Bukan mati kerana racun, Mati kerana tidak kenal biasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLimau manis batang berduri, Batang selasih dalam dulang; Mulut manis kerana budi, Hati kasih kerana sayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ikan dimakan ikan, Manakan sama ikan tenggiri; Mati ikan kerana umpan, Mati tuan kerana budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah baru sudahlah siap, Tapi dapurnya amat sempit; Kuat burung kerana sayap, Kuat ketam kerana sepit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari redup mari menuba, Dapat seekor ikan tapah; Bukan hidup kerana doa, Mati tidak kerana sumpah. |
|
Tesaurus |
---|
| kerana (kata tugas) | Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan,
maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula., | |
|
Puisi |
---|
|
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 490 Do right and fear no man Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran Berani kerana benar, takut kerana salah I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God. Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|