SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHinggap mari di pohon duku, Duku dekat pohon melati; Cintaku puteri belahan jiwaku, Hatiku terlekat sampai ke mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHinggap mari di hujung ciku, Mari hinggap di ranting tua; Hendak mati di hujung kuku, Satu kubur kita berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung merpati terbang ke Perlis, Singgah hinggap ranting buluh; Sungguh jinak tangkap tak boleh, Seperti lalat hinggap ke tubuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHinggaplah hinggap ke kayu tinggi, Tumpah darah ke daun pisang; Kamek datang tumpang di sini, Kain basah kering di pinggang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMari hinggap di pohon rimbu, Sayang selasih di tepi perigi; Setiap hari ku menanggung rindu, Kerana kasih ditinggalkan pergi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung putih hinggap di batu, Burung merpati selindung awan; Adik putih masuk beradu, Di dalam hati sangat rawan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngkut-angkut hinggap di bukit, Membuat sarang di pokok rendang; Walau tertangkup bumi dan langit, Janji tidak saya uraikan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak merbah hinggap di ranting, Disumpit oleh anak sakai; Bila tergelak dia menjeling, Bila jauh dia melambai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTekukur terbang seratus, Hinggap mari di kayu jati; Sudah kuukur serta kupirus, Jangan si malai berjauh hati. |
|
Puisi |
---|
|
Hinggap mari di hujung ciku, Mari hinggap di ranting tua; Hendak mati di hujung kuku, Satu kubur kita berdua.
Lihat selanjutnya... |
|