SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMakan kugaul hanya sedikit, Air berkocak di dalam talam; Badan berpeluh mataku sakit, Angkat mengucap di tengah malam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak menjual pulut, Pulut dijual di pagi hari; Kasih adinda hanya di mulut, Kasih tak sampai ke dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak memetik daun palas, Buat isi buah berangan; Berbudi bukan minta balas, Hanya untuk kenang-kenangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPagar buluh anggitnya jarang, Akan pemagar sapi jerasa; Dalam sepuluh jarang seorang, Hanya yang tahu menimbang rasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda sirih ada pinang, Nantikan gambir dengan kapur; Sudah dipilih sudah dipinang, Hanya menanti ijab kabul. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak mengajar bahasa tidak, Orang bersembang di batas padi; Berpandang ada bertegur tidak, Hanya mengharap di dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak simpang bersimpang siur, Jalan yang mana tempat berhenti; Aku melimpang bukannya tidur, Hanya menenang di dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanjung Rhu di hujung tanah, Pokoknya beratur seperti jambangan; Kematian Mahsuri kerana fitnah, Kini hanya tinggal kenangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTeluk Yong Kemadu Angsa, Tiga dengan Teluk Melati; Ketuk dek tudung haram tak biasa, Hanya menjeling sampai ke hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang di rimba tumbuhnya rotan, Tumbuh menjalar di luar kota; Siang malam jadi sebutan, Adinda seorang hanya tercinta. |
|
Puisi |
---|
|
Budak-budak menjual pulut, Pulut dijual di pagi hari; Kasih adinda hanya di mulut, Kasih tak sampai ke dalam hati.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 510 One bad apple spoils the lot Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - one bad apple spoils the lot . Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|