SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah anggur buah berangan, Jadikan dengan si buah manggis; Minta kubur di tapak tangan, Mintalah nisan si jari manis. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah keranji buah berangan, Berangan tidak berbunga tinggi; Berjanji berjabat tangan, Kusangka tidak berubah lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMengetam papan di tanah rata, Buah anggur buah berangan; Minta disiram air mata, Minta tidur di tapak tangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Saya jauh beribu batu, Saya di sini dilupa jangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah berangan dimasak kari, Mari masak bersama lada; Sapu tangan campak ke mari, Untuk menyapu air mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKeranji buah berangan, Berangan tidak berbunga tinggi; Berjanji berjabat tangan, Kufikir tidak berubah hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah berangan masaknya merah, Lada cili dalam perahu; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati sahabat tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah keranji di tengah laman, Mangga tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegangan tangan, Kusangka tidak berubah lagi. |
|
Puisi |
---|
|
Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman.
Lihat selanjutnya... |
|