SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga tanjung putih berseri, Bunga kembang berlapis-lapis; Lagu canggung lagu asli, Lagu asal negeri Perlis. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAwan berarak putih berseri, Hilang di balik awan petang; Bukan kepalang resah di hati, Kerana kekasih dilarikan orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke Jeddah pergi haji, Barulah balik berseri-seri; Kalau sudah abang pergi, Adik di sini apa nak jadi? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGelang-gelang si paku gelang, Gelang dari berseri rama; Pulang abang pulang, Pulang kita bersama-sama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKuda hitam silanya hitam, Pacu anak Raja Deli; Tuan umpama intan manikam, Cahaya naik berseri-seri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan mendaki bukit, Bukit didaki terlalu tinggi; Sungguh cantik bulan terbit, Ada bintang baru berseri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerani sungguh anak tupai, Korek kelapa tengah hari; Sungguh wangi bunga rampai, Taruh kepala tidak berseri. |
|
Puisi |
---|
|
Bunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan.
Lihat selanjutnya... |
|