Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bunga tanjung putih berseri, Bunga kembang berlapis-lapis; Lagu canggung lagu asli, Lagu asal negeri Perlis.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Awan berarak putih berseri, Hilang di balik awan petang; Bukan kepalang resah di hati, Kerana kekasih dilarikan orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pergi ke Jeddah pergi haji, Barulah balik berseri-seri; Kalau sudah abang pergi, Adik di sini apa nak jadi?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gelang-gelang si paku gelang, Gelang dari berseri rama; Pulang abang pulang, Pulang kita bersama-sama.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kuda hitam silanya hitam, Pacu anak Raja Deli; Tuan umpama intan manikam, Cahaya naik berseri-seri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan mendaki bukit, Bukit didaki terlalu tinggi; Sungguh cantik bulan terbit, Ada bintang baru berseri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berani sungguh anak tupai, Korek kelapa tengah hari; Sungguh wangi bunga rampai, Taruh kepala tidak berseri.
1
Tesaurus
 
seri (kata nama)
1. Bersinonim dengan cahaya: sinar, semarak, kilau, kilat,

2. Bersinonim dengan kemuliaan: keindahan, kemegahan,

Kata Terbitan : berseri, menyerikan,

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Ambil dibubuh dalam puan;
Rumah saya tuan tak mahu pergi,
     Boleh kita jumpa di jalan.



Lihat selanjutnya...