Hassan Ahmad - Dewan Bahasa dan Pustaka
dan perancangan bahasa dan sastera. Pada satu ketika, beliau merupakan seorang penyelidik bahasa dan sastera yang banyak menulis tentang bahasa dan sastera terutama dalam tahun-tahun 1960-an. Kedudukannya bertambah penting apabila beliau dilantik menjawat jawatan Ketua Pengarah DBP, sebuah institusi yang ditugaskan membina, memoden, dan mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan pada tahun 1976. Sejak beliau mula berkhidmat di DBP pada tahun 1963, Hassan Ahmad telah memegang beberapa jawatan penting, bermula sebagai Pegawai Penyelidik, Ketua Bahagian Penyelidikan, Pemangku Pengarah, Pengarah, dan Ketua Pengarah dalam masa 13 tahun. Anak bekas pegawai dalam Jabatan Polis, Hassan Ahmad adalah anak sulung daripada lapan
|
A. Samad Said - Dewan Bahasa dan Pustaka
situ, beliau belajar sendiri hingga memperoleh sijil Senior Cambridge (1956). Sejak di bangku sekolah menengah lagi, Samad sudah mulai berkenalan dengan kesusasteraan di dalam dan luar negeri. Malah, pengarang-pengarang penting di Singapura pun seperti Asraf, Usman Awang, dan Han Suyin telah diketemuinya. Sajak dan cerpennya mula tersiar sewaktu beliau masih di bangku sekolah. Sebelum terbitnya novel Salina yang mengharumkan namanya dalam semuanya itu. Samad juga sedar bahawa untuk melahirkan karya yang bererti, seseorang tidak hanya bergantung kepada bahan dan bakat kekuatan fikiran sahaja, tetapi pembacaan dan pengalaman yang luas amatlah penting. Kerana itu, Samad meluaskan pembacaannya kepada bidang politik, sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan Rabindranath Tagore. Cara beliau membaca agak aneh, yakni dengan |
Muhammad bin Haji Salleh - Dewan Bahasa dan Pustaka
definisi Robert Frost, seorang penyair Amerika, bahawa puisi ialah sesuatu yang setelah kita membacanya kita menjadi lebih bijaksana. Para penyair menolong menyedarkan kita kepada masalah kita bersama malah mendefinisikan masalah penting supaya kita benar-benar dapat menyelesaikannya. Amat jelas bahawa tema puisi Muhammad pada umumnya lebih banyak memaparkan masalah-masalah bersama, masalah eksistensi individu yang berhadapan dengan kehidupan kekotaan. Bangunan-bangunan yang menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, Muhammad mempunyai kekuatan bahasa yang dapat dan mampu menterjemahkan puisi-puisi Melayu ke dalam bahasa Inggeris. Beliau adalah salah seorang penterjemah kesusasteraan yang penting yang telah banyak menterjemah puisi Melayu ke dalam bahasa Inggeris. Malah beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia dari tahun 1978 hingga tahun 1982. Dan kerana kegiatan kreatif dan ilmunya
|
Abu Hassan Sham - Dewan Bahasa dan Pustaka
tetapi juga di ceruk pedalaman dan pulau-pulau di Kepulauan Riau bagi menyelidik serta menganalisis manuskrip lama. Abu Hassan berpendapat bahawa warisan bangsa tidak patut diabaikan begitu sahaja kerana ia penting bagi pembinaan identiti dan wawasan masa hadapan bangsa. Banyak iktibar dan teladan yang boleh dikutip daripada manuskrip lama itu. Setelah lulus Sarjana Muda Sastera, Abu Hassan menjadi pengajar (tutor) di penyimpan manuskrip itu, Abu Hassan telah menjalin hubungan dengan tokoh-tokoh akademik di Eropah, antaranya Prof. A. Teeuw, Prof. R. Roolvink, Dr. Russel Jones, Dr. Ulrich Kratz. Hal ini amat penting kerana pengetahuan tentang kesusasteraan Melayu klasik hendaklah dikongsi bersama-sama ahli akademik sama ada dari Timur ataupun dari Barat. Di samping tugas rasminya sebagai pensyarah di UM, Abu Hassan turut |
Latiff Mohidin - Dewan Bahasa dan Pustaka
pengucapan Latiff yang segar, dapat disamakan dengan kesegaran sebuah lukisan, penuh aneka palitan warna dan tafsiran. Sungguhpun demikian Latiff cukup mengerti dan toleran terhadap “kesusasteraan yang komited” yang menjadi ciri penting dalam suasana kreatif di Malaysia. Diksi puisinya daripada bahasa dan kata-kata biasa yang diolah sepenuh dan sedapat mungkin bagi pengucapan isi jiwa dan fikirannya. Puisi Latiff padat, ekonomis kata lukis kerana bidang ini juga adalah sebahagian daripada kehidupannya. Latiff pernah menyebut bahawa: “Umumnya seniman moden dari Asia memang mempunyai kebolehan untuk mempelajari pengolahan teknik dari Barat, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana memperlihatkan keaslian, kesungguhan, dan kesegaran berkarya”. Antara tahun 1962 dan 1983, Latiff telah beberapa kali mempamerkan hasil karya seni lukisnya, antaranya termasuklah di Bona, Berlin, Frankfurt, Hamburg, Bangkok
|
Siti Hawa Salleh - Dewan Bahasa dan Pustaka
Hawa ditawarkan pula jawatan pensyarah di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) mulai Mac 1971 hingga Februari 1975. Di situlah Siti Hawa beroleh kejayaan demi kejayaan dengan meraih jawatan penting. Dengan kebolehan, kegigihan dan kepakarannya itu beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah IBBKM dari Mac 1975 hingga Jun 1977. Gelaran Profesor Madya diraihnya pada 17 Mei 1975. Sekembalinya dari cuti turut membuat penyelidikan, pengkajian dan menganalisis teks tersebut untuk menemukan nilai sejarah, estetika dan pemikiran masyarakat Melayu. Sumbangannya itu tentunya menjadi khazanah berharga bagi masyarakat dan negara. Salah sebuah buku penting Siti Hawa ialah Kesusasteraan Melayu Tradisional yang ditulisnya bersama-sama lima orang panel penulis yang terdiri daripada sarjana kesusasteraan Melayu tradisional. Esei beliau “Hikayat Merong Mahawangsa: Antara Mitos dan Realiti |
Shahnon Ahmad - Dewan Bahasa dan Pustaka
berkarya pada pertengahan tahun 1950-an, namun dalam masa 10 tahun, beliau telah muncul sebagai penulis yang mempunyai bakat besar. Beliau adalah seorang penulis yang begitu sensitif terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar masyarakat bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang dinamakannya Malay Power apabila melihat betapa lemahnya orang Melayu bila keadaan politik, ekonomi, dan sosial menekan yang Shahnon dilantik pula menjadi profesor penuh di universiti yang sama. Kemudian Shahnon dilantik menjadi Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia. Shahnon Ahmad dalam kesusasteraan Melayu moden merupakan tokoh penulis yang penting dan yang amat banyak diperkatakan. Karya awalnya berupa terjemahan tersiar dalam majalah Mastika dan selepas itu, terus bergiat dalam dunia penulisan terutama cerpen, novel, dan esei serta kritikan. Walaupun Shahnon
|
T. Alias Taib - Dewan Bahasa dan Pustaka
memuatkan 44 buah puisi yang dihasilkan antara tahun 1968 hingga tahun 1970. Kelahiran kumpulan ini cukup memberi erti kepadanya, paling tidak untuk menyatakan kepada umum bahawa puisi sudah menjadi pengucapan penting dirinya. Beliau menggemari puisi-puisi A. Samad Said serta puisi-puisi penyair Indonesia seperti Bur Rasuanto, Subagio, Geonawan, dan Rendra. Alias tidak menafikan bahawa dalam peringkat awal menulis puisi, beliau salah seorang penyair yang tidak jemu-jemu bereksperimen. Beliau mengakui bahawa percubaan yang dilakukannya ialah bagaimana harus mengemukakan isi puisinya. Beliau cuba mencari pendekatan yang berlainan. Penggunaan bahasa mudah adalah penting kerana puisi baginya tidak harus membebankan pembaca untuk memahami maksudnya. Sesuatu yang cukup ketara pada puisinya, ialah beliau begitu memelihara penggunaan tatabahasa. Baginya, puisinya tidak harus lepas bebas daripada tatabahasa |
Wahba - Dewan Bahasa dan Pustaka
awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tunggul, Terengganu. Kemudian meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan kesedaran bahawa ilmu itu penting terutama bagi meningkatkan taraf hidup, Wahba mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) secara persendirian. Pada tahun 1977 pula, beliau mengikuti Kursus Penulisan Kreatif dan Deskriptif di Jabatan Ilmu Sains Kemanusiaan membuat rujukan, pembacaan serta perbincangan terhadap sesuatu isu yang ingin diketengahkan sebagai persoalan utama dalam penciptaannya. Beliau tidak memilih waktu untuk menulis tidak kira malam, petang, pagi atau senja; yang penting moodnya mesti ada. Sepanjang penglibatannya dalam penulisan, Wahba telah memenangi hadiah sebanyak tiga kali. Dua kali untuk hadiah sagu hati dalam peraduan cerpen anjuran Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri pada
|
A.Aziz Deraman - Dewan Bahasa dan Pustaka
Disember 1991, beliau berkhidmat di Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian Perusahaan Luar Bandar. Aziz giat menghasilkan esei-esei tentang kebudayaan yang kemudiannya tersiar di akhbar dan majalah penting tanah air. Budaya Malaysia cuba disebatikannya dengan pemikiran Islam dan elemen-elemen tersebut diterapkannya dalam buku-bukunya, iaitu Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (1975), Dasar Kebudayaan Kebangsaan: Hubungannya dengan Perkembangan Kebudayaan |
|
Tesaurus |
---|
| penting (adjektif) | Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat,
signifikan, behena;, | | Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan, |
|
|