Amil Jaya - Dewan Bahasa dan Pustaka
persekolahannya pada tahun 1952 dan menamatkannya pada tahun 1954 di Sekolah Rendah Kerajaan Tenghilan, Sabah. Keputusan peperiksaannya agak cemerlang dan dalam masa setahun beliau naik darjah sebanyak dua kali. Lantaran keluarga yang kurang berada, Amil Jaya tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Inggeris yang kebanyakannya diasaskan oleh mubaligh Kristian. Sekatan yang ketat dikenakan kepada bumiputera Sabah oleh penjajah turut membantutkan iaitu dari darjah satu hingga darjah enam. Semasa menjadi guru di sekolah ini, Amil Jaya berusaha meningkatkan kelulusan akademiknya. Pada setiap hari Sabtu, beliau bergegas dari rumah ke jalan raya terdekat. Perjalanannya bermula pada jam 4.00 pagi kerana mengejar satu-satunya bas dari Tenghilan ke Tamparuli, untuk menghadiri kelas bahasa Inggeris di Tamparuli khusus untuk guru-guru. Kelas bahasa Inggeris
|
|
Tesaurus |
---|
| keluarga (kata nama) | Bersinonim dengan kelamin, famili, sanak-saudara, seisi rumah tangga, suami dan isteri serta anak-anak, batih, saudara-mara, belahan, kulawangsa, darah, kaum, kulasentana, kulawarga;, | | Kata Terbitan : berkeluarga, perkeluargaan, |
|
|